NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Friday, June 1, 2012

Harimau Malaya ada ramuan terbaik lawan Filipina esok

Mari kita baca berita harian metro hari ini, berita menarik.

JURULATIH pasukan kebangsaan, Datuk K. Rajagobal menyarankan anak buahnya agar bermain dengan baik dan memenangi perlawanan persahabatan menentang Filipina di Stadium Shah Alam, esok.
“Apa yang bermain di fikiran saya sekarang ini ialah untuk pasukan saya bermain dengan baik dan menang malam esok.

“Kami sudah merangka perancangan dan saya sudah mengkaji kelemahan Filipina,” jelas beliau kepada pemberita di Wisma FAM disini.

“Saya sudah mengkaji permainan mereka dan mempunyai ramuan terbaik berdasarkan pengalaman pernah beraksi menentang mereka pada bulan Febuari lalu di Manila,” katanya lagi.
“Saya berharap pemain-pemain ini bebas dari kecederaan ketika menentang Filipina memandangkan kita masih memiliki dua perlawanan persahabatan menentang Singapura pada Jun ini.
“Sudah tentu kita mahukan kemenangan dan mungkin ada kejutan dengan barisan utama yang akan diturunkan terutama membabitkan pemain-pemain Terengganu dan Kelantan.
“Kami berazam untuk memberikan aksi yang terbaik dengan mempamerkan corak permainan yang pantas dan agresif nanti selain berharap dapat menjaringkan gol awal ketika menentang Filipina,” jelas beliau.
Pengendali Harimau Malaya itu juga sudah bersedia yang untuk membuat terbaik untuk menghalang mereka.
“Saya sudah memberitahu para pemain supaya jangan hilang fokus dalam setiap minit. Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku,” kata Rajagobal.
Beliau juga yakin dengan kekuatan pemain tengah, yang diketuai Kapten Safiq Rahim, akan memberikan aksi yang terbaik dan mencapai keputusan yang positif.
Sementara itu bagi pengendali Filipina, Hans Michael Weiss memberitahu mereka berharap untuk mencatat keputusan yang baik malam esok.
“Kami memandang ke hadapan untuk menentang pasukan Malaysia yang merupakan antara pasukan terkuat di Asia Tenggara. Ia merupakan perlawanan yang sungguh mencabar,” katanya.
Jurulatih yang berasal dari Jerman itu berkata mereka akan berhati-hati dengan muslihat Harimau Malaya malam esok.
“Kami harus berwaspada dengan ancaman mereka. Ia bergantung kepada melalui strategi kami. Saya harap boleh menang malam esok,” jelas beliau.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

No comments:

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...