NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Thursday, June 14, 2012

AKU TENGAH MARAH NI......................

Salam you alls,


Kita manusia ni tuhan galakkan membina silaturahim dan menjaganya. Perasaan marah adalah salah satu punca yang boleh mengeruhkan jika tidak memutuskan silaturahim. 

Kita semua ada perasaan marah. Siapa yang takde? Semua ada. Bezanya macamana kita menguruskan perasaan marah tu. 

Perkara pertama yang patut kita buat bila kita rasa marah ialah Istighfar dan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas syaitanirrajim ) biar setan pegi jauh-jauh. Kemudian kita fikir apa akibatnya kalau kita marah? Buruk ke, baik? Boleh selasaikan masalah ke tak? Kalau akibat daripada kita marah tu buruk lepas tu tak dapat menyelesaikan masalah pun, eloklah jangan marah. At least jangan marah kat mulut. 

Then, kita tunggu perasaan marah tu reda. Buat keputusan dengan perasaan yang tenang. Kalau keputusan atau kita bertindak dalam keadaan marah, takut nanti menyesal. Cari penyelesaian yang baik dengan orang yang kita marah tu. Bertindak dengan matang. Best tau jadi orang matang ni. Orang pun respect.

Kita manusia ni, kena banyak berdoa supaya jadi orang yang penyabar. Nak jadi penyabar, kalau orang yang baran memang susah, tapi tak bermakna tak boleh. Practice. Selalu kena practice jadi penyabar dan tak bertindak dalam keadaan marah. Buruk lah orang baran tak tentu hala ni. Betul, lebih-lebih lagi kalau perempuan. Hilang sweet nanti.

Menjelang Ramadhan ni, saling mengingati. Kalau perut lapar, memang cepat je kita nak marah. Tak mau marah-marah time puasa nanti, nanti kena tolak markah. Rugi.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

No comments:

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...