NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Wednesday, June 27, 2012

Petua Keyakinan Diri Untuk Suri Rumah

1. Jangan berasa tertekan ketika menyempurnakan kerja-kerja dalam rumah yang bertimbun dan tidak pernah habis. Teruskan dan bereskan semuanya dengan penuh rasa bertanggungjawab. Jika anda selalu merasa ragu-ragu, itu petanda besar anda kurang yakin dengan diri sendiri.

2. Minta suami menegur anda untuk memperbaiki kualiti diri anda. Suami akan nampak kekurangan diri anda yang mungkin anda tidak nampak. Untuk memperbaiki diri, kritikan serta teguran orang lain, amat perlu. Bila anda sudah ditegur, diamkan diri dan jangan lawan. Teguran, walaupun pedas, baik untuk mengatasi kekurangan diri kita.Kita harus terima teguran, serap dan tukar ia menjadi pencetus perubahan positif. Tidak ada ruginya kalau teguran itu benar bagai dikata. Hanya orang yang ego tebal atau tinggi, tidak sanggup ditegur. Apabila anda berubah, suami nampak perubahan itu, dia akan gembira dan lebih sayang.

3. Berkawan dengan suri rumah lain yang bersikap positif sahaja. Pilih suri rumah yang anda lihat positif sikapnya, percakapannya dan perbuatannya. Dengan sikap positif, kita boleh hilangkan keraguan, kesangsian, rasa kurang keyakinan dan juga dan perasaan takut.



 
Kenapa Anda Mesti Yakin Diri?
Jika anda kurang keyakinan diri, beberapa masalah atau kesulitan akan berlaku:

1. Suami hilang “selera” pada anda.
2. Anda bercelaru, bermasalah dalam mengurus diri, mengurus anak-anak, mengurus suami.
3. Asyik melakukan kesilapan dan anda malas mengatasi kesilapan.
4. Anda tertekan dan ini menyebabkan anda tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Susulan itu, anda jadi malas dan selalu berperasaan muram.
5. Suami pula asyik mencemuh sikap anda kerana bosan dengan ketidakyakinan anda. Mungkin dia akan jarang balik ke rumah.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

No comments:

There was an error in this gadget

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...