NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Tuesday, June 12, 2012

Bila Kebosanan apa kata kita baca cerita Best dan Seram:(

Aishah (bukan nama sebenar)
adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar
tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif
terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata
hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya.
Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang
terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan.
Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah.
Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih
mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak
ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik
yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar
tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa
jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia
hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya
tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan
keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu
membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk
Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju
ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki
sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya
ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu
persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut
mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah
merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan
penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak
menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang
menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat
sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh
4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena
matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan
kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah
mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa
selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak
hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak
bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat
gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan
kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun,
celakalah mereka yang melihat gambarku!"

Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar
yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar
untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak
melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh
memalukan itu.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan
pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui
enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala
yang teruk..

Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam
perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam.
kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati
lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang
menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia
merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik
sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya
hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan
Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan
semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua
gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis.
Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi
mencari Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya
sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.

Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital
untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah
untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah
kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan
nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan
ubat penahan sakit.

Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana
sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit
kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah
ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan
ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar ini, malam nanti
Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit
kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui
pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah
akan menjelma dalam pandangan anda.

Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya.
Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

No comments:

There was an error in this gadget

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...