NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Wednesday, May 30, 2012

Apa nak masak balik keja nie yerrrrrr

rasa-rasa macam nak masak asam pedas jer, yelah hari nie kan aku puasa jadi macam-macam rasa nak makan:)


 sedapnyaaaaaaaaa terliur


rasa macam tak sabarnya nak makan

Bahan-bahan ( 1 kluarga leh makan )

  • 1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
  • 4 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 2cm kunyit hidup-ditumbuk
  • 1 btg serai dititik
  • 3 btg daun kesum
  • 1 bunga kantan-dibelah dua
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
  • 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
  • garam dan gula (ikut rasa)
  • minyak masak
  • sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
  2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
  3. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
  4. Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

Kepenatannya.............

Penatnya rasa hari nie, baru saja habis membalut dan membungkus hadiah-hadiah untuk kanak2, dan orang asli di batu maloi. pejam celik2 dah besok hari khamis, rasanya sekejap jer nak ke hari ahad, mana taknya hari tulah aku kena gie ke batu maloi. susahnya hati nak tinggalkan anakku kat encik suami, yelah encik suami mana pernah jaga anak sampai satu hari. entah boleh ke tidak? macam tak yakin jer:(


inilah suami dan anakku yang tercinta
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

Mulakan hari dengan Bismillah....

Assalamualaikum wbt.

selamat pagi

Hujan dan mendung saje di pagi rabu ini. cuaca macam nie best nya kalau dapat tido betul kan...

Tapi sekarang tengah keja jadi mulakan hari dengan niat yang ikhlas dan lafaz bismillah.

Moga urusan kita dipermudahkan...



keadaan awan yang gelap...



hujan mula turun....


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

Tuesday, May 29, 2012

Mulakan hari anda dengan lemon & air suam


 
Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar.

Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya.

Jika kita di Malaysia, pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis seperti The Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti.

Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut.

Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.

Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.

Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.

Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.

Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

JERSLIN POWER OIL 1001 KHASIAT (PM SAYA UNTUK ORDER) 017-6582852




Harga
40ml - RM35.00
50ml - RM45.00
(Penghantaran melalui POS MALAYSIA shj)

Minyak Jerslin Power Amat Berkesan kerana :
* Mengandungi Habatus Sauda dan herba Terpilih
* Tidak perlu makan hanya sapu
* Tiada kesan sampingan
* Selamat untuk semua peringkat usia, ibu mengandung & bayi.
* Halal di seluruh dunia
* Kandungan 30ml
* Boleh diminum bagi yang kronik (titis di air minuman)

Adakah anda mempunyai gejala penyakit seperti berikut  :
* Gastril/Resdung
* Sakit Kepala/Migrain
* Asma/Lelah/Semput
* Sakit Buah Pinggang
* Sembelit/Cirit-Cirit/Buasir
* Kencing Manis/Darah Tinggi
* Jangkitan Faraj/Keputihan
* Sakit Sendi/Lutut Bengkak
* Kekejangan Otot/Simpul Biawak
* Mati Pucuk/kurang Bernafsu
* Sengal-sengal Tulang
* Ghout
* Kulit Kasar/Berjeragat
* Sakit Usus
* Kembung Peut
* Kesukaran Bernafas
* Batuk dan Hidung Tersumbat
* Tumor/Kanser/Ketumbuhan
* Tidak Bersemangat/Selalu Keletihan
* Keracunan Makanan
* Stroke/Angin Akhmar
* Mati Anggota Tubuh/Lumpuh
* Takanan Darah  Tinggi/Darah Rendah
* Kerap Buang Air Kecil Pada Waktu Malam
* Selalu Selsema
* Alahan/Alergik Makanan Laut
* Susah Dapat Anak
* Anak Yang Dilahirkan Kurang Sihat
* monopouse
* Ketidakseimbangan Hormon
* Kesuburan Lelaki Dan Wanita Menurun
* Senggugut
* Sakit Buah Pinggang
* Tulang Reput/Mudah Patah
* Pergerakan Yang Perlahan
* Senang Beremosi/Cepat Marah
* Putaran Haid Tidak Tepat Masa
* Susah Ingat Pelajaran/Bebal
* Kurang Tumpuan terhadap Pelajaran
* Kolesterol Tinggi
* Kabir, Selalu Keluar Air mata
* Kesejukan kaki Tangan
* Susah Hendak Tidur
* 1001 Sakit-sakit Ringan & Kronik

Cara Penggunaan :
* Asma/Lelah/SEmput – sapu di dada
* Anak yang Dilahirkan Kurang Sihat – sapu dari hujung rambut ke hujung kaki
* Alahan/Alergi Makanan Laut – sapu dari hujung rambut ke hujing kaki
* Buasir – sapu di tempat buasir keluar (dubur)
* Batuk – sapu di dada dan kerongkong
* Demam – sapu di kaki dan pakai stoking
* Gastrik – sapu di perut
* Ghout – sapu di tempat bermasalah
* Jangkitan Faraj/keputihan – sapu di kemaluan
* Ketidakseimbangan Hormon – sapu dari hujung rambut hingga hujung kaki
* Kencing Manis/Darat Tinggi – sapu dari hujung rambut hingga hujung kaki
* Kekejangan Otot/Simpul Biawak – sapu di tempat bermasalah
* Kembung Perut – sapu di perut
* Kesukaran Bernafas – sapu di dada dan hidung
* Keracunan Makanan – sapu di perut dan dubur
* Kerap Buang Air kecil – sapu di kaki dan bawan pusat
* Kesuburan Wanita & Lelaki Turun – sapu di kemaluan
* Kurang Tumpuan Terhadap Pelajaran – sapu di kemaluan
* Kolesterol Tinggi – seluruh badan
* Kabur, Selalu Keluar Air Mata – kelopak dan bawah mata
* Kesejukan kaki dan tangan – kaki dan tangan (pakai stokin)
* Kayap – di tempat bermasalah
* Kutil/Tumor/Ketumbuhan Kanser – sapu di tempat ketumbuhan
* Mati Pucuk/Kuran Bernafsu – sapu dari hujung rambut hinga hujung kaki
* Mati Anggota Tubuh/Lumpuh – sapu dari hujung rambut hingga hujung kaki
* Monopouse – sapu di kemaluan
* Putaran haid Tidak Tetap Masa – sapu pada Kemaluan
* Peranakan Turun – sapu pada bawah pusat dan naikkan
* Resdung – sapu di hidung
* Sakit Kepala/Migrain – sapu di kepala dan muka
* Sakit Buah Pinggang – sapu pada pinggang
* Sembelit/Cirit-Birit – sapu di dubur
* Sakit sendi/Lutut Bengkak – sapu di tempat bermasalah
* Sengal-Sengal Tulang – sapu dari hujing rambut hingga hujung kaki
* Sakit Usus- sapu di tampat bermasalah (sekitar bawah pusat)
* Selalu Selesema – sapu di hidung
* Susah dapat Anak – sapu di tapak kaki dan kemaluan (suami & isteri)
* Senggugut – sapu di tempat tempat yang sakit
* Sakit Buah Pinggang – sapu di tempat yang sakit
* Senang Beremosi/Cepat Marah – Kepala
* Susah Ingat Pelajaran/Bebal – kepala
* Susah Hendak Tidur – seluruh badan
* Stroke/angina Ahmar – sapu dari hujung rambut hingga kaki
* Tidak Bersemangat/Selalu Keletihan – sapu dari hujung rambut hingga kaki
* Tekanan Darah Tinggi/Darah Rendah – sapu dari hujung rambut hinhha kaki
* Tulang Reput/Mudah Patah – sapu di tempat yang bermasalah
* Tiroid – sapu di tempat yang bermasalah
* Sakit–sakit lain – sapu di tempat masalah atau seluruh badan
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

RESEPI KEK BATIK



 sedapnya... nyam nyammmmm.......... teringin nak buat tapi tak tahulah bila ada masa.

Bahan-bahan ( 1 loyang )

  • 1 packet milo (packet yg plg kecil)
  • 1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
  • 1 buku buttercup
  • 1 cawan gula halus
  • 1 biji telur ayam
  • serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
  • 1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko) 

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
  2. cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
  3. kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
  4. bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
  5. then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
  6. pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan...selamat mencuba 

 dah hidang, sedia di makan sedapnyaaaaaaaaaaaa...........pasti mencubanya baru tahu kesedapannya.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

Monday, May 28, 2012

BERSAMA DUTCH LADY

Anak saya dan susu


1. Anak saya sering mengalami sembelit. Bolehkah saya mencairkan susu?

Tidak, susu tidak boleh dicairkan untuk memastikan bahawa anak anda mendapatkan nutrisi maksimum dari susu. Adalah dianjurkan anda memberikan air tambahan di antara waktu makan/menyusu.


2. Bolehkah susu tepung disediakan dengan air sejuk?

Walaupun penyediaan dengan air sejuk tidak merosakkan formula susu, anda disarankan untuk mengikuti arahan, iaitu penyediaan dengan air suam. Jika formula disediakan dengan air sejuk, tepung susu mungkin tidak larut sepenuhnya.


3. Ketika anak saya mencapai 6 tahun, bolehkah dia meneruskan dengan Dutch Lady 456? Berapa lama dia boleh terus minum?

Anak anda masih boleh meneruskan dengan Dutch Lady 456, kerana ia merupakan amalan yang baik untuk memastikan bahawa anak anda mempunyai kebiasaan minum susu. Susu tidak lagi dihidangkan sebagai sumber nutrisi utama/makanan untuk anak anda pada usia ini kerana dia perlu mengambil pelbagai makanan pepejal. Susu adalah makanan pelengkap penting baginya untuk memberikan dia nutrisi penting yang mungkin tidak cukup diambil dari makanan sehari-hari. Disarankan agar anak anda minum dua hingga tiga gelas Dutch Lady 456 setiap hari. Tidak ada batas usia untuk meminum Dutch Lady 456. Jika tidak, anda juga boleh memberikan dia Dutch Lady 6 + yang juga dirumuskan dengan 5XDHA *.

* Dibandingkan dengan formulasi susu tepung sebelumnya.


4. Saya temui artikel tentang beberapa kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak boleh minum susu lembu kerana mereka mengalami intoleransi laktosa. Apa itu?

Di samping semua nutrisi yang bernilai, susu juga mengandungi gula susu atau dalam istilah saintifik dikenali sebagai laktosa. Laktosa memberikan tenaga yang diperlukan untuk tubuh anda.Apabila anda minum susu, tubuh anda menguraikan laktosa kepada dua gula ringkas yang lain supaya ia akan diserap oleh tubuh anda sebagai tenaga. Tubuh anda memerlukan enzim yang disebut Laktase untuk melakukan ini. Sesetengah orang kekurangan enzim laktase yang boleh menukar laktosa (gula susu). Mereka ini dikenali sebagai memiliki intoleransi laktosa.

Intoleransi laktosa bermakna anda tidak dapat mencerna makanan dengan laktosa di dalamnya. Setelah makan makanan dengan laktosa di dalamnya, anda mungkin merasa sakit, perut ada angin/gas, cirit-birit dan pembengkakan di perut anda.

Namun, pengambilan produk susu fermentasi, seperti yoghurt, keju dan mentega, tidak menyebabkan masalah kerana ianya tidak lagi mengandungi laktosa.





Susu Untuk Membesar

Sebahagian besar kandungan susu adalah air. Susu tepung adalah susu dari mana air ini telah diekstrak. Serbuk tersebut tetap mengandungi semua nutrien penting dari susu. Anda hanya perlu menambah air dalam susu tepung tersebut untuk membentuk semula air susu.

Selama beberapa generasi, Dutch Lady berbangga membawa nutrisi berkualiti tinggi kepada ibubapa untuk anak-anak kecil mereka melalui formula Susu Untuk Membesar. Kami adalah yang pertama di dunia menawarkan kepada para pengguna formulasi Susu Untuk Membesar, dan kami terus berpandu kepada kajian dan usaha-usaha pembangunan kami diperingkat antarabangsa dan tempatan, untuk terus membangunkan inovasi-inovasi terobosan yang memberikan nutrisi susu terbaik untuk generasi masa depan kita.


Nutrien penting dalam Susu Untuk Membesar

Di Dutch Lady Malaysia kami berusaha untuk menawarkan pelbagai produk Susu Untuk Membesar yang dicipta secara nutrisi untuk pertumbuhan optimum, memastikan nutrisi yang seimbang untuk kanak-kanak yang sedang membesar di Malaysia.


Kebaikan tambahan seperti DHA, AA

Dengan kajian berterusan kami membangunkan teknologi baru untuk meningkatkan formula kami. Baru-baru ini kami telah menaiktaraf Susu Untuk Membesar Dutch Lady dengan 5XDHA. DHA atau asid docosahexaenoic merupakan lemak penting yang diperlukan untuk pertumbuhan otak dan diperlukan untuk mempertahankan fungsi otak yang sihat. Lemak khusus ini penting dalam tahun-tahun awal, namun kanak-kanak tidak dapat mensintesis DHA yang cukup pada tahap yang diperlukan. Oleh itu kanak-kanak perlu diberi pegambilan langsung DHA, disediakan dalam makanan harian mereka. Tapi kadang-kadang agak sukar untuk memastikan anak anda makan makanan seimbang, seringnya kanak-kanak cerewet memilih makanan. Oleh kerana itu, Susu Untuk Membesar merupakan pembawa yang baik untuk membawa DHA yang diperlukan untuk pertumbuhan kanak-kanak. Pembentukan otak yang sihat menghasilkan peningkatan fokus, pembelajaran, perilaku dan fungsi kognitif seperti persepsi, penalaran berfikir, dan mengingat.


Berbagai jenis gula dan peranan gula dalam Susu Untuk Membesar

Gula seperti gula alami dan gula alami tambahan adalah sejenis Karbohidrat. Ianya penting kerana Karbohidrat adalah sumber utama tenaga untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan tubuh dan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Gula alami disebut laktosa boleh ditemui dalam susu manakala gula alami tambahan berasal dari tumbuh-tumbuhan (digambarkan sebagai gula tambahan kerana ianya tidak ditemui secara semulajadi dalam susu). Dari segi kalori, tidak ada perbezaan antara keduanya. Bahkan, ketika anda mengambil gula alami yang ditemui dalam susu (laktosa), ianya juga dianggap sebagai sebahagian daripada pengambilan jumlah gula.


Susu Untuk Membesar Dutch Lady dicipta menggunakan kombinasi gula alami seperti laktosa, dan gula alami tambahan.
Berdasarkan kajian bertahun-tahun, kami mendapati bahawa kanak-kanak Malaysia dapat mencerna susu lebih baik jika kami mematuhi nisbah alami laktosa dalam susu. Dari kajian kami, didapati bahawa meningkatkan laktosa ke tahap yang tidak dijumpai secara semulajadi dalam susu boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti cirit-birit dan kembung perut (atau perut sebu) (kerana terlalu banyak gas/angin).

Oleh itu, adanya campuran seimbang jenis-jenis gula dalam formula Susu Untuk Membesar Dutch Lady akan memudahkan ianya dicerna oleh kanak-kanak, disamping memberikan tenaga yang mereka perlukan. Di Dutch Lady, kami percaya susu memberikan anak anda nutrisi penting, dari itu kami dapati adalah sangat penting lebih ramai kanak-kanak Malaysia dapat menikmati khasiat susu.


Formula Susu Untuk Membesar Dutch Lady dibangunkan selaras dengan peraturan-peraturan tempatan dan seperti terkandung dalam Cadangan Pengambilan Nutrisi Malaysia (RNI) 2005 dan WHO (2003) yang disyorkan.

Jika anda ingin mempelajari lebih lanjut tentang gula dalam Susu Untuk Membesar atau jika anda mempunyai sebarang soalan khusus, sila lihat di bahagian soalan-soalan lazim kami (FAQ's). Jika soalan anda tidak tersenarai, sila hubungi khidmat pelanggan kami di 1800 88 1191.


 







TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

Friday, May 25, 2012

Boring2 nie apa kata kita cuci2 mata baru bestkan....
















cantikkan warnanya lembut ajer.. aku minat dengan warna nie



nie pun cantik jugak......:)

 
baju kurung moden terkini.....



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

Suasana Di petang Jumaat

sunyi sangat petang2 jumaat nie, mana taknya  student semua cuti, jadi keadaan menjadi sunyi. tapi rasa aman dan tenang sahaja, yelah bila ada ramai student rasa tak terkawal dan boleh buat aku jadi boring den tension....
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

Tuesday, May 22, 2012

LAWAS LEGA / JAMU KURUS/DETOX

   JAMU KURUS
Kegunaan Tradisional:

Digunakan secara tradisional untuk mengurangkan berat badan, melancarkan perjalanan darah dan penghadaman. Juga untuk melawaskan pembuangan air besar dan kecil, menyegarkan badan, melegakan sakit kepala, kembung perut,angin dan menghaluskan kulit bagi yg ada masalah jerawat.
Antara ramuan herba yang terdapat didalamnya;

 [Cassia Augustifolia Folium]
Ianya juga di panggil dengan nama SANAA. dari pohon SANAA. Ulama silam khususnya yg mendalami bidang perubatan telah mula membuat kajian terhadap Pohon Sanaa. Hasil kajian, didapati Pohon Sanaa merupakan penawar yg mujarab terhadap banyak penyakit dan merawat punca sesuatu penyakit itu sehingga ke akar umbi.

Mengandungi Anthraquinone Glycoside yang membantu menggalakkan pergerakan semulajadi pembuangan air besar. Ia mempunyai nilai perubatan sebagai laksatif, anti disentri dan karminatif.
Peringkat permulaan anda akan begitu lawas dlm pembuangan air. ini adalah kerana  proses pembersihan perut, saluran darah, dan proses menyahkan toksin serta keracunan yg telah lama bersarang dalam badan anda.

Secara tradisional digunakan untuk mengeluarkan kepanasan, gangguan masalah defekasi dan buasir.


Halia [Zingiber Officinale Rhizom]

Mempunyai nilai perubatan sebagai anti flatulan, laxatif, antasid, mengalakkan perpeluhan, menghentikan permuntahan, anti bakterial, anti kovulsan, analgesik, anti ulser, sekretori anti gastrik, anti kulat, anti spasmodik, anti allergernik, anti kogulan dan anti mikrobial.

Secara tradisional digunakan untuk membantu penghadaman, merawati ketidakselesaan perut, mengurangkan inflamasi, ulseratif kolitis, menurunkan tahap kolesterol, melegakan penimbunan gas, anti flatulan, merangsangkan sirkulasi, melegakan kekejangan dan melegakan kesakitan.

Jemuju [Trachspermum Ammi Semen]

Mempunyai nilai perubatan sebagai antiseptik, anti bakterial, germisidal, anti kekejangan, diaporetik, penghadaman dan diuretik.

Secara tradisional digunakan untuk mengubati masalah infeksi jerawat, sistitis, masalah sirkulatori, penyembuhan luka, indigesi, odema, arthritis dan reumatism.

Kayu Manis Cina [Glycyrrhiza Glabra Radix]
Mempunyai nilai perubatan sebagai demulcan (melegakan irritasi membran, anti reumatik anti iflammasi, anti allergik, antibakterial, anti ulser, anti kekejangan, anti bakterial, anti kulat, anti oksidan, deporatif, emolien, laksatif dan diuretik.

Secara tradisional kebiasaannya digunakan sebagai rawatan masalah perut, indigesi dan respiratori.
HUBUNGI SALINA 019-2667670 OR
facebook :  salina sari ghazali
PROSES PEMBUANGAN AKAN BERTINDAK SELEPAS 8 JAM ANDA MAKAN JAMU. ( ambil 3-4 kapsul )kapsul lawas lega, mudah dan cepat di telan!





TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

JAMU SALINA

JAMU SALINA
Rempah ratus, antaranya mempunyai kesan sebagai herba, bukan sahaja menambah rasa malahan dapat membantu dalam menjaga tahap kesihatan dan keseimbangan fungsi badan
Antara khasiat Jamu Salina adalah untuk:-

Menambah tenaga.
Melancarkan perjalanan darah
Merawat penyakit keletihan / tidak bermaya /lemah-lesu
Menghilangkan rasa sakit dan lengoh badan dan sakit urat
Meningkatkan kenikmatan bila “bersama” (suami/isteri)
Merawat penyakit keputihan
Mencantik dan menghaluskan kulit
Mengeluarkan angin dari dalam badan
Melawas pembuangan air besar dan air kecil
Merawat penyakit sembelit dan buasir
Merawat dan menguatkan otot dalaman
Awet muda
JAMU SALINA JUGA SESUAI UNTUK ORANG LELAKI DAN MEREKA-MEREKA YG BELUM BERUMAH-TANGGA.
-- Aturan Pemakanan
2-3 biji SEHARI

--- Cara memakannya adalah samada :-
makan selepas makan malam bersama madu lebah :)

TIDAK SESUAI UNTUK IBU2 YANG SEDANG HAMIL ATAU MEREKA2 YG DATANG BULAN (haid /period).

Di bawah ini saya sertakan lagi khasiat-khasiatnya....
- menyempitkan rahim
- merawat dan menyembuh luka-luka dalaman semasa dalam pantang dan selepas bersalin
- mengecutkan peranakan
- menghilangkan gatal-gatal di faraj wanita
- melancarkan peredaran haid
- melawaskan pembuangan air kecil dan air besar
- mengembalikan awet muda
- sengugut
- menambahkan tenaga batin
- memulihkan urat saraf
- merawat payu dara
- sakit lutut
- kebas kaki tangan
- senak kembung
- angin medu
- lenguh sendi

DAH CUBA BARU TAU...






TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

PERTAMA KALI MELANGKAH DIRIKU KE DUNIA BLOG...............

Assalamualaikum....... hehehehehe...... kenangan yang tak dapat dilupakan pada hari, buat pertama kalinya aku membuat blog.... agak susah juga, nasib baik ada puan natasha dapat membantu kalau tidak sampai ke esok tak siap2. maklumlah  baru nak berkecempung dalam dunia blog. ok lah sampai sini sahaja nanti aku sambung kembali.........bye bye.....
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...