NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Monday, June 18, 2012

TIPS KELUARGA BAHAGIA






Tips Rumahtangga yang bercirikan syurga
  1. Penghayatan agama yang berterusan.
  2. Memastikan seisi rumahtangga dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai.
  3. Perlu adanya pengukuhan ekonomi.
  4. Komunikasi yang cemerlang.
  5. Wujudnya kemesraan antara suami dan isteri.
  6. Suasana rumahtangga yang selesa.
  7. Meningkatkan ilmu pengetahuan pada seisi rumah itu.

Tips Komunikasi Keluarga Cemerlang
  1. Berkongsi melakukan tugasan di rumah
  2. Berbincang dalam membuat perancangan sesama ahli kelaurga atau sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada keluarga
  3. Menggunakan humor yang bersesuaian untuk mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh konflik yang mungkin berlaku.
  4. Meraikan hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir bersama ahli keluarga.
  5. Makan malam bersama.
  6. Beribadah secara berjemaah.
  7. Riadah bersama keluarga atau membawa keluarga pergi bercuti di tempat yang bersesuaian.

Tips Komunikasi ke Arah meningkatkan Kasih Sayang Berkekalan
  1. Berkongsi impian dan tugasan di rumah.
  2. Tidak mudah dan tidak sesekali merasa kecewa walaupun menempuh cabaran dan masalah dalam rumahtangga.
  3. tidak berdendam-kesumat antara satu sama lain.
  4. Sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesilapan masing-masing.
  5. Sentiasa mencari emas dalam diri pasangan.
  6. Menganggap pasangan sebagai kawan yang paling akrab.
  7. Sentiasa bersolat jemaah dan saling doa mendoakan pasangan.
  8. Berterus terang mengenai perselisihan yang kecil untuk mengelakkan konflik yang lebih besar.
  9. Memahami kepentingan hubungan seks.
  10. Mencari perubahan untuk merangsang perubahan dalam rumahtangga.
 

Tips Komunikasi Cemerlang, Gemilang, Terbilang Pasangan Suami Isteri
  1. Berdoa kepada Allah S.W.T untuk sentiasa disayangi oleh pasangan.
  2. Sentuh dan tegur pasangan sebelum menyambung kerja lain apabila pasangan balik ke rumah.
  3. Berlatih untuk menjadi pendengar yang baik.
  4. Memberi pujian kepada pasangan mengenai penampilan masing-masing dan memberi galakan kepada perubahan yang cuba dibuat oleh pasangan.
  5. Memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati
  6. Ucapkan kata-kata syang atau romantik dua kali sehari.
  7. Memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan oleh pasangan dengan tekun.
  8. Peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari.
  9. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang diberikan oleh pasangan.
  10. Sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas seperti baru berkahwin

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

No comments:

There was an error in this gadget

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...