NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Wednesday, May 30, 2012

Apa nak masak balik keja nie yerrrrrr

rasa-rasa macam nak masak asam pedas jer, yelah hari nie kan aku puasa jadi macam-macam rasa nak makan:)


 sedapnyaaaaaaaaa terliur


rasa macam tak sabarnya nak makan

Bahan-bahan ( 1 kluarga leh makan )

  • 1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
  • 4 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 2cm kunyit hidup-ditumbuk
  • 1 btg serai dititik
  • 3 btg daun kesum
  • 1 bunga kantan-dibelah dua
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
  • 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
  • garam dan gula (ikut rasa)
  • minyak masak
  • sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
  2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
  3. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
  4. Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

No comments:

There was an error in this gadget

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...