NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Friday, September 28, 2012

KEISTIMEWAAN BROKOLI


* Brokoli mengandungi kandungan kalori yang sangat rendah.

* Untuk 146(+-) gram brokoli mengandungi kira2 kurang dari 50 kalori berbanding sayur-sayuran lain.

* Brokoli SANGAT BAIK UNTUK ORANG YANG INGIN MENURUNKAN BERAT BADAN.

* Brokoli juga kaya dengan serat, ia membantu sistem pencernaan dan selain membantu mencegah masalah    sembelit.

* tapi brokoli ini mahal sikit...cuma dinasihati jangan beli di pasar-pasar malam atau kedai-kedai biasa diluar kerana ianya lebih mahal harganya daripada di hypermarket.
My Favourite!!!!1NYAM..NYAM....

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

Thursday, September 27, 2012

RAHSIA PERANGAI ANAK

50% je yang betul semua ini bergantung didikkan ibu bapa dan juga bergantung pada diri anak-anak  sendiri juga..banyak sifat anak-anak yang ade terpengaruh dengan sikap rakan2nya.

♥ Anak Sulung...

* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

♥ Anak Tengah...

* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah

♥ Anak Bongsu...

* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri.

♥ Anak Tunggal

* sering merasakan diri mereka kesunyian.
* lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
* lebih bijak bergaul.
* lebih cepat matang.
* terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
* sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
 
Walaupun kebanyakkannya berperangai seperti diatas tetapi adakalanya perangai anak2 adalah sangat berbeza seperti yang diceritakan, ini adalah disebabkan cara didikan ibubapa itu sendiri....dan cara pergaulan mereka dengan masyarakat...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

Tuesday, September 25, 2012

HAKIKAT SEBENAR KEHIDUPAN PASANGAN SUAMI ISTERI SEBELUM DAN SELEPAS...

Saya  suka ini..mudah-mudahan apa yangkita nak..akan menjadi satu kenyataan,.amin......walaupun cepat atau lambat... betul tak kawan-kawan :)

 
 1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada ALLAH SWT melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan ALLAH SWT.
 
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
 
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
 
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
 
7. KETIKA KEADAAN RUMAH TANGGA MULA GOYANG..
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.
 
8. KETIKA BELUM MEMPUNYAI ANAK...
Cintailah isteri atau suami anda 100%
 
9. KETIKA TELAH MEMPUNYAI ANAK...
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
 
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MEROSOT...
Yakinlah bahawa pintu rezeki ALLAH SWT akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
 
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG...
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
 
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI...
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
 
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI...
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
 
14.KETIKA MENDIDIK ANAK...
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
 
15.KETIKA ANAK BERMASALAH...
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
 
16.KETIKA SAKIT...
Jangan diminum & dimakan ubat, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
 
17.KETIKA INGINKAN KEAMANAN DAN HARMONIS SENTIASA...
Gunakanlah formula 7 K

1.Ketaqwaan kepada ALLAH SWT. 
2.Kasih sayang. 
3.Kesetiaan 
4.Komunikasi 
5.Keterbukaan. 
6.Kejujuran. 
7.Kesabaran.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

Monday, September 24, 2012

DIPERKUATKAN IMAN,SEMANGAT DAN DIBERIKAN KETABAHAN UNTUK MENEMPUH SEGALA DUGAAN..

AKU BERMOHON KEPADA ALLAH MOGA DIPERKUATKAN IMAN,SEMANGAT DAN DIBERIKAN KETABAHAN UNTUK MENEMPUH SEGALA DUGAAN..
 
Kita sering mengeluh di dalam kehidupan kita sekarang...mengeluh dengan pelbagai masalah-masalah yang kita hadapi seolah-olah tiada jalan keluar...tapi...

KITA LUPA semasa bayi dulu kita tidak pernah mengeluh untuk mendapatkan sesuatu benda...kita tetap akan berusaha dan berusaha sehingga kita berjaya...dari mula hendak berjalan...kita akan merangkak..kita akan berusaha merangkak..jatuh bangun jatuh bangun dan akhirnya sampailah kita boleh berjalan...

Fahami maksud tersirat dan tersurat didalam kartun ini...

P/S : Mulai hari ini buangkan sikap negatif yang ada dan sentiasalah berusaha untuk kehidupan yang lebih baik bagi suami/isteri, keluarga dan anak2 kita...insya-ALLAH...


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

Thursday, September 20, 2012

Kasihan! Tangisan Bayi 7 Bulan Di Sisi Mayat Ibu

Misteri tangisan seorang bayi yang dipercayai dari sebuah rumah terungkai apabila menemukan wanita bergelar ibu yang sudah meninggal dunia akibat serangan jantung. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Apabila kita terdengar tangisan bayi, sudah tentu kita memikirkan sama ada ia merengek kelaparan ataupun mahukan perhatian daripada ibunya. Namun tangisan berpanjangan seorang bayi dari sebuah rumah menjadi tanda tanya penduduk setempat lebih-lebih lagi orang yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya. Rupa-rupanya seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan dipercayai menangis berjam-jam sebelum ditemui di sisi mayat ibunya di kuarters guru di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh.
Mayat Normaya Mokhtar, 33, yang juga guru Bahasa Jepun di sekolah berkenaan dan dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung, ditemui rakan yang ke rumahnya jam 8 pagi kelmarin.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menghantar SMS, malam Rabu lalu, namun tidak dibalas, menyebabkan dia beranggapan mangsa sibuk.

“Saya pelik apabila mendapat tahu dia tidak hadir ke sekolah (pagi kelmarin) menyebabkan saya ke rumahnya yang tidak jauh dari sekolah itu. Sebaik tiba di rumahnya, saya dapati pintu rumah tertutup rapat biarpun berkali-kali dipanggil, namun tiada jawapan.

“Saya segera memeriksa keadaan sekeliling rumah dan mendapati kunci pendua disimpan di hadapan rak kasut rumah berkenaan sehingga membolehkan saya membuka pintu hadapan rumahnya,” katanya.
Menurutnya, sebaik melangkah masuk, dia terus mencari rakannya di setiap ruang sebelum mendapati mangsa terbaring di ruang bilik tidur utama dan bayinya berada di sisi.

“Dia ditemui dalam keadaan pucat dan terbaring di atas katilnya bersama bayinya yang menangis. Doktor yang memeriksa keadaannya selepas itu memaklumkan dia sudah meninggal dunia,” katanya

Menurut seorang lagi saksi yang enggan dikenali, dia terdengar tangisan bayi berpanjangan sehari sebelum mengetahui berita kematian guru berkenaan, namun dia tidak mengambil apa-apa tindakan.

“Arwah seorang guru bahasa Jepun dan sudah mengajar di sekolah berkenaan sejak lebih dua tahun lalu. Dia sangat disenangi rakan-rakan dan suka membantu,” katanya. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Mangsa meninggal dunia lewat petang Rabu lalu, namun hanya diketahui jiran dan rakan yang ke rumah mangsa pagi esoknya. Setakat ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut namun turut menjalankan siasatan bagi mengesan jika ada unsur jenayah,” katanya.

Difahamkan, mangsa dipercayai menetap di rumah berkenaan bersama bayinya yang berusia tujuh bulan, manakala suami bekerja di Johor Bahru.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Gajah petang kelmarin.

Sementara itu, Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin ketika dihubungi merakamkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan kematiannya satu kehilangan besar bagi warga pendidik.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

Tuesday, September 18, 2012

KHASIAT ALOE VERA

 
Aloe vera adalah antara jenis herba semulajadi yang paling banyak mempunyai khasiat penyembuhan kepada manusia. Pengamal nutrien, Mike Adams dalam kajiannya berpendapat aloe vera adalah herba yang terbaik dalam beribu-ribu herba yang ditemuinya, manakala Garlic (bawang putih) menduduki tempat kedua. Memang tiada tumbuhan lain yang boleh memberi sebegitu banyak faedah perubatan seperti aloe vera.

Lihatlah apa faedah yang boleh didapati dari sebatang pokok aloe vera;

1. menghentikan pertumbuhan tumor
2. merendahkan kadar kolesterol
3. memperbaiki sel darah
4. menambah oksigen di dalam darah
5. menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh
6. memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan
7. menyembuhkan penyakit ulser, sistem penghadaman
8. mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simtom
9. menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan
10. mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar
11. merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut
12. menggantikan first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai bandage kerana ia bersifat   anti-bakteria
13. menghentikan kanser colon
14. sebagai pelincir salur perkumuhan
15. menghilangkan buasir
16. meneutralkan gula di dalam darah
17. memelihara buah pinggang dari penyakit
18. menghalang jangkitan
19. memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga
20. memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak
21. menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)
...dan banyak lagi!!!

Tiada tumbuhan yang dapat menandingi potensi pengubatan yang terdapat di dalam
aloe vera. Tetapi kebanyakan orang masih tidak menyedarinya, atau berfikir ia hanya sekadar untuk memelihara kulit dari kesan sunburn. Lebih menyedihkan, ia hanya dijadikan pokok hiasan di halaman rumah atau taman. Pada hal, aloe vera sangat berfaedah untuk kegunaan luaran mahupun d
alaman.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

Thursday, September 13, 2012

ROTI SARDIN KALORINYA TINGGI !!!!!!




 Jangan lah makan roti sardin sangat kalorinya tinggi...

Sedihnyaaa tengok Roti Sardin berada di tangga teratas kalori tertinggi dalam sejarah makanan mamak, iaitu 787 kcal.

Kita hanya perlukan sekitar 2000 kcal dalam sehari. Dan seketul Murtabak Sardin sudah membekalkan hampir separuh dari bekalan kalori itu!

Jadi makan Murtabak Sardin lewat malam : BAD IDEA.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

Tuesday, September 11, 2012

AIR KOSONG YANG BERSIH SETIAP HARI DAPAT MENGURANGKAN RISIKO KANSER PAYUDARA

Photo: MINUM 2.5L AIR KOSONG YANG BERSIH SETIAP HARI DAPAT MENGURANGKAN RISIKO KANSER PAYUDARA SEBANYAK 79%. !

Jom kita lihat betapa mudahnya amalan minum air pada waktu2 tertentu ini dapat berikan manfaat jangka panjang :

* 2 gelas air setelah bangun tidur - bantu replenish liquid dalam tubuh/ gantian-air dalam organ2 kerana tubuh tidak mendapat air dalam tempoh 6-8 jam waktu tidur. Ini amat penting untuk 'activate' internal organ.

* 1 gelas air, 30minit sebelum makan - menyediakan esofagus dan sistem penghadaman (termasuk perut dan laluan nya) menerima makanan dan bantu proses penghadaman yang lebih efektif. Menurut kajian di Eropah, 90% orang yang minum air kosong sebelum makan mempunyai tahap kesihatan penghadaman yang lebih baik, dan kurang berisiko untuk mendapat kanser kolon.

* 1 gelas air sebelum mandi - membantu menurunkan tekanan darah

* 1 gelas air sebelum tidur - membantu mengelakkan serangan strok/angin ahmar dan bantu tubuh untuk sistem kardiovaskular yang sihat.  Amalan ini juga membantu kurangkan rasa lapar di waktu malam seperti disahihkan kajiannya oleh University of Washington.

*** Amalan minum 2.5L air kosong yang bersih setiap hari, 45% membantu mencegah kanser kolon, mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 79%, dan 50% kanser hempedu. (Hasil kajian yang dipersetujui oleh pakar kesihatan seluruh dunia)

MINUM 2.5L AIR KOSONG YANG BERSIH SETIAP HARI DAPAT MENGURANGKAN RISIKO KANSER PAYUDARA SEBANYAK 79%. !

Jom kita lihat betapa mudahnya amalan minum air pada waktu2 tertentu ini dapat berikan manfaat jangka panjang :

* 2 gelas air setelah bangun tidur - bantu replenish liquid dalam tubuh/ gantian-air dalam organ2 kerana tubuh tidak mendapat air dalam tempoh 6-8 jam waktu tidur. Ini amat penting u...
ntuk 'activate' internal organ.

* 1 gelas air, 30minit sebelum makan - menyediakan esofagus dan sistem penghadaman (termasuk perut dan laluan nya) menerima makanan dan bantu proses penghadaman yang lebih efektif. Menurut kajian di Eropah, 90% orang yang minum air kosong sebelum makan mempunyai tahap kesihatan penghadaman yang lebih baik, dan kurang berisiko untuk mendapat kanser kolon.

* 1 gelas air sebelum mandi - membantu menurunkan tekanan darah

* 1 gelas air sebelum tidur - membantu mengelakkan serangan strok/angin ahmar dan bantu tubuh untuk sistem kardiovaskular yang sihat. Amalan ini juga membantu kurangkan rasa lapar di waktu malam seperti disahihkan kajiannya oleh University of Washington

*** Amalan minum 2.5L air kosong yang bersih setiap hari, 45% membantu mencegah kanser kolon, mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 79%, dan 50% kanser hempedu. (Hasil kajian yang dipersetujui oleh pakar kesihatan seluruh dunia)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

BESTNYA KALAU SUAMI YANG MASAK HEHEHE..!!!!

 Assalammualaiku...
salam sejahtera semua....

Permulaan cerita di pagi hari...... bestnya hidup ini kalau suami kita buat semua kerja rumah,
senang rasa hati.... :)

Sekiranya suatu petang balik kerja...tiba-tiba

Suami : Hari ini ayang mesti penat kan? Tak apa. Hari ini biar abang je yang masak untuk ayang. Special punya...

Isteri : Wah bestnya. Ni yang tertunggu-tunggu ni..........


Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang maksudnya: Aisyah r.a. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama al Aswad bin Yazid tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw ketika dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: Rasulullah SAW sentiasa membantu ahli keluarganya dalam kerja rumah. Dan apabila sudah tiba masuk waktu solat, Baginda keluar untuk solat.

Ingatlah pesanan Rasulullah SAW di dalam hadith ini: Dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda; “Orang beriman yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik akhlaknya adalah orang yang paling baik terhadap isterinya” - Riwayat At-Tirmidzi

p/s : Memang ramai pun begini kat luar tuh....insya-ALLAH...sekali sekala apa salahnya kan...tapi kalau dah selalu sangat memang la lagi bagus...heheheh


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

Monday, September 10, 2012

Risau Kelopak Mata Belah Kanan Bergerak - gerak :)

Assalammualaikum ~
Selamat Tengahari Semua..
Korang tau tak apa maksud mata sebelah kanan (atas) bergerak ?
( Twitching of the eyelid )
Dari Jumaat sampai hari ni mata saya bergerak ja..SERIUS..
dah berhenti then bergerak balik.
Buat saya tak selesa langsung. huhu ~
Saya tak tanya mak tapi tanya kawan..haha ~
kawan cakap " jumpa orang jauh "
tapi siapakah ? 
siti nurhaliza  kot ! HAHA !
 
 
Then, saya cari maksud petanda ni la konon..hehe :)
  1. Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik

  2. Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira

  3. Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita

  4. Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)

Bukan tue ja, ada banyak lagi tapi bukanlah untuk di percaya bulat bulat ea.. Kadang kadang ia berlaku secara kebetulan kan ? so, nak percaya atau tak Wallahu'alam ~

  1. Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan

  2. Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan

  3. Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh

  4. Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis

  5. Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh

  6. Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan

  7. Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta

  8. Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati

  9. Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut

  10. Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan

  11. Bibir bawah bergerak = akan menangis

  12. Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik

  13. Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.

  14. Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang

  15. Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan

  16. Telinga bergerak-gerak = berkelahi

  17. Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita

  18. Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran

  19. Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang

  20. Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua

  21. Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala

  22. Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta

  23. Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata

  24. Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia

So, siapakah gerangan orang itu ? muwahahahaha..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

Friday, September 7, 2012

SEORANG ISTERI

  
seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapa mertua dengan polis forensik tidak bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal kemudian ustaz tu kata tidak apa kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa orang lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti..

" membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku..

" membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku

"membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya

"selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."

Ya Allah..menitis airmata baca cerita ni.. Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

Thursday, September 6, 2012

10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.

  • Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
  • Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
  • Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.
  • Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
  • Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
  • Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
  • Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
  • Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
  • Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
  • Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

Tuesday, September 4, 2012

Fakta tetang IbuBapa & Anak............

 
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

MENGAPA MINUMAN ( 3 IN 1 ) BAHAYA!!!!!!




Mesti ramai yang suka dengan minuman 3-1 kan...Pagi nih pun mesti ramai yang dah minum kan?....tapi nampaknya kena kurangkan lah ya....sebab ianya bahaya...

Eloklak kita berbalik kepada cara penyediaan minuman yang normal semula...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...