NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Wednesday, June 20, 2012

TIBA-TIBA JER NAK MAKAN KEK TIRAMISU

Tengah sedap2 lepak kat opis, tiba-tiba jer teringgin pulak  nak makan kek tiramisu. sebelum nie aku dah buat hasilnya menjadilah. cara buat tiramisu tu pun senang jer tak banyak bahan:) nak buat  selalu pun boleh


Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir
  • 250g cream cheese
  • 250g whipping cream
  • 150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
  • satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
  • serbok kok/cokolat utk hiasan

Cara-cara

  • satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang 
  • Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar 
  • Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan. (gambar di atas cuma 2 lapisan je tau tu...)  
  • Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka. 

 ***Tiramisu saya nampak creamnya agak tebal di atas kerana saya kehabisan biskut so saya buat 2 lapisan  saja dan letak semua cream di atas lapisan yang kedua tadi...


SELAMAT MENCUBA

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

No comments:

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...