NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Thursday, June 21, 2012

MARI SAMA2 KITA MEMBANTU ADIK Muhammad Zaquan Adha bin Bakeri

Lelangit Zaquan Berlubang  Apa Dimakan Keluar Di Hidung (dalam majalah mingguan wanita)

 

Bagi yang melihat Muhammad Zaquan Adha bin Bakeri tentunya menganggap tiada apa yang tidak kena pada anak kecil berusia setahun lima bulan ini. Tetapi di sebalik kesempurnaan fi zikalnya tersembunyi derita yang ditanggung oleh anak bongsu kepada Rohani binti Mohd Ali dan suaminya Bakeri bin Derani ini.

Anak kecil dipanggil Zaquan ini mengalami masalah lelangit berlubang. Tidak seperti masalah mulut sumbing atau terma sainsnya lelangit rekah, lelangit bercelah atau cleft palate, masalah yang dialami oleh ini hanya dapat apabila dia membuka mulutnya dengan luas.

“Kalau hendak melihat masalah Zaquan hanya itulah caranya. Dia perlu buka mulut. Setiap kali diminta buka mulut dia tentu menangis dan ia perkara biasa buat dirinya. Tapi dia tidak sakit,” tutur Rohani sambil memegang mulut anaknya agar penulis dan jurugambar boleh mengambil gambar lelangit berlubang dalam mulut anaknya.

Menurut ibu ini lagi dia dan suami tidak menyedari bahawa anak ketiga mereka ini mengalami masalah lelangit berlubang sewaktu dilahirkan. Hanya setelah usia anak nya empat bulan barulah mereka perasan akan masalah tersebut.

“Kami sedar apabila melihat dia makan dan minum. Apa yang dimakan akan keluar kembali daripada hidungnya. Apabila kami melihat ke dalam mulutnya barulah kami ternampak lubang yang terus bersambung pada hidungnya. Tengok sahajalah hidungnya ini. Kemek dan seperti tidak ada tulang.
“Pada mulanya saya terkejut dan tidak boleh menerima keadaan yang dialami oleh anak saya ini. Apabila saya pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan selanjutnya, barulah saya tahu apa keadaan sebenar anak.

“Selepas doktor melakukan pemeriksaan, dia mengesyorkan agar saya berjumpa dengan pakar di hospital Kuala Lumpur. Saya dan suami pun bawa anak ke sana. Berulang kali kami ke hospital untuk melakukan pemeriksaan. Akhirnya doktor yang memeriksa memberitahu bahawa pem bedahan untuk membetulkan lelangit berlubang itu boleh dilakukan jika berat badan anak saya mencapai 7 auns ke atas.
“Tetapi dengan berat badan Muhammad Zaquan Adha yang tidak pernah mencapai 7 auns, tidak tahulah bila boleh pembedahan itu dibuat. Ditambah pula kami tidak mempunyai wang yang cukup untuk melakukan pembedahan, mungkin lambat lagilah,” jelas Rohani dengan perlahan. Terpaksa Berhenti Kerja

Demi anak ini juga, Rohani terpaksa berhenti kerja sebagai jurujual di sebuah pusat membeli-belah di Kajang. Sejak bulan Ogos 2011, dia hanya tinggal di rumah untuk menjaga Zaquan.

“Pada mulanya saya hanya mahu meng ambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan. Tetapi majikan tidak membenarkannya. Saya diminta berhenti. Saya tiada pilihan dan terpaksa melakukannya. Jika saya tidak berhenti, anak saya ini tidak ada yang jaga.

“Susah untuk menjaga anak ini kerana dia sering sakit. Jika abang atau kakaknya demam, sudah pasti dia akan demam juga. Badannya tidak kuat. Selain mudah demam, anak saya ini juga sering kena sawan.
“Dahulu semasa saya bekerja, anak saya selalu sakit dan sering juga masuk wad. Bila saya hantar pada pengasuh pula, sukar bagi mereka untuk menjaganya,” katanya lagi.
Sambung Rohani lagi, sejak dia ber henti kerja bermakna tiada lagi wang tamba han yang boleh digunakan untuk per belanjaan keluarga. Akibat masalah kewangan ini juga, dia terpaksa menghentikan pembelian susu khas yang sepatutnya diminum oleh Muhammad Zaquan Adha untuk tujuan menambah berat badannya.

“Dahulu saya pernah jumpa pakar pema ka nan. Dia sarankan saya beli susu khas itu. Satu tin susu berharga RM70. Sebulan lebih kurang tiga tin yang diperlukan. Dahulu sewaktu saya masih ada kerja, duit gaji saya gunakan untuk beli susu khas itu.

“Tetapi sekarang saya tidak mampu lagi. Duit gaji suami yang bekerja sebagai pemandu pula hanya cukup-cukup untuk perbelanjaan keluarga dan persekolahan anak-anak sahaja. Sekarang ini anak saya hanya minum susu formula biasa sahaja.”

Selain minum susu, Zaquan turut diberi makanan biasa. Tetapi sebelum diberi kan kepadanya, Rohani perlu mengisarnya hingga halus terlebih dahulu bagi memudah kan dibuat bagi memudahkan nya menelan makanan.

Risau Dengan Perkembangan Anak
Selagi Zaquan tidak melakukan pem bedahan untuk membetulkan lubang di lelangit nya maka selagi itulah dia akan meng alami masalah untuk makan dan minum. Itulah yang merisaukan Rohani, lebih dari itu jika pembedahan lambat dilaku kan, pertuturan anaknya juga akan menjadi lambat.

“Anak saya mungkin akan jadi sengau jika pembedahan tidak dilakukan. Saya tidak mahu anak saya berkeadaan sebegitu. Saya mahu anak saya bercakap seperti kanak-kanak biasa. Saya juga mahu anak saya membesar seperti kanak-kanak sebayanya. Malah doktor juga mengesyorkan agar pembedahan dilaku kan sebelum usianya tiga tahun untuk memudahkan dia bercakap dengan betul dan sempurna,” ujarnya sambil mem beri tahu walaupun punya masalah lelangit tapi dia seorang anak yang aktif.
“Memang penat menjaganya. Waktu malam saya sentiasa terjaga daripada tidur mendengarkan tangisan dia. Apabila dia sudah bangun sukar pula untuk menidur kan nya. Pada waktu siang pun sama. Sebab itu saya tidak boleh mencari kerja lain.

“Jika diikutkan hati saya mahu bekerja semula. Cari duit belanja tambahan. Tetapi memikir kan kesukaran untuk orang lain untuk menjaga Zaquan saya terpaksa lupakan seketika,” ungkapnya ketika ditemui di rumahnya yang terletak di Kajang.


BANTU ADIK ZAQUAN
Bagi pembaca yang ingin membantu Muhammad Zaquan Adha, bolehlah menghulurkan bantuan kepada ibunya Rohani. Anda boleh menghulurkan wang ke akaun Maybank Rohani binti Hj Mohd Ali-162021478503. Atau anda boleh menghubungi nombor telefon 012-6175118.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

No comments:

There was an error in this gadget

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...