NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Wednesday, July 18, 2012

Kanser pangkal rahim ( amat berbahaya )

Health
KEMBANG hati penulis baru-baru ini apabila rakan sekerja lelaki bertanya mengenai kanser pangkal rahim kerana jarang benar kaum Adam berminat dengan isu kesihatan, terutama membabitkan penyakit wanita, kecuali jika ia berlaku pada anggota keluarga mereka.

Kanser pangkal rahim boleh menyerang golongan muda dan tua
Bagi penulis, tidak rugi jika lelaki mengambil tahu serba sedikit penyakit berkaitan wanita kerana setiap orang mempunyai ahli keluarga wanita.

Jika tiada adik beradik perempuan pasti ada ibu dan sebagai wanita dia berisiko untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Kanser pangkal rahim adalah kanser kedua paling lazim dan keempat utama yang menyebabkan kematian wanita berkaitan kanser. Kanser ini disebabkan jangkitan berulang virus human papilloma (HPV) iaitu virus yang biasa pada badan manusia dan mudah berjangkit.

Ada lebih 100 jenis HPV yang dikenal pasti tetapi kebanyakannya tidak berbahaya dan dimusnahkan oleh sistem pertahanan badan. Bagaimanapun, ada 15 jenis HPV yang boleh menyebabkan kanser pangkal rahim dan empat yang paling biasa ialah HPV 16, 18, 45 dan 31.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan setiap tahun lebih ramai wanita meninggal dunia akibat kanser ini berbanding kematian melahirkan anak. Di rantau Asia Pasifik, kanser pangkal rahim membunuh seorang wanita dalam setiap empat minit.

Setiap tahun dianggarkan 500,000 wanita menghidap kanser pangkal rahim yang menyebabkan 270,000 kematian. Kajian mendapati 50 hingga 80 peratus wanita mendapat jangkitan HPV pada satu-satu masa sepanjang hayat mereka dan 50 peratus daripada jangkitan itu berakhir dengan kanser pangkal rahim.

HPV berjangkit melalui hubungan seks dan risiko seseorang wanita mendapat kanser ini bermula daripada kali pertama dia mengadakan hubungan seks. Malah jangkitan juga boleh berlaku hanya dengan sentuhan kulit ke kulit pada bahagian kemaluan.

Lebih kerap seseorang wanita itu mengadakan hubungan kelamin, makin tinggilah risikonya untuk mendapat penyakit ini, apatah lagi jika mereka kerap bertukar-tukar pasangan. Jangkitan juga boleh berlaku pada wanita yang setia kepada suami jika si suami mempunyai pasangan lain.

Dalam setiap sejuta wanita yang dijangkiti HPV penyebab kanser, dianggarkan 10 peratus atau 100,000 orang akan mengalami perubahan tidak normal (sel pra kanser atau servikal displasia). Ini adalah peringkat awal kanser pangkal rahim tetapi lebih 50 peratus kes displasia akan hilang sendiri.

Bagaimanapun, lapan peratus (8,000) wanita yang mempunyai sel tidak normal ini akan mendapat kanser pangkal rahim dan 1,600 daripadanya adalah kanser yang cepat merebak. Yang membimbangkan ialah, kanser pangkal rahim tidak mempunyai gejala dan biasanya penyakit dikesan apabila sudah teruk.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

2 comments:

The World of Islam said...

terima kasih..salam perjuangan..

Unknown said...

sama2 salam kunjunggan

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...