NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Monday, July 16, 2012

Tips yang bagus mengenai perkahwinan buat bakal zaujah dan zauji.


* Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan,     beriadah dan mandi bersama.

* Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri
yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

* Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami
sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

* Isteri yang hangat dan romantis sentiasa
mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

* Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk
mengelakkan jemu kepada pasangan.

* Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang
dalam rumah tangga.

* Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba
ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan
berbulan madu.


* Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan
melahirkan anak.

* Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam
untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

* Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua
kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

* Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan
kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

* Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan
persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.


* Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.


* Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.


* Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.


* Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami
tidur sendirian.


* Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.


* Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya
sebagai penghibur dalam rumah tangga.


* Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.


* Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang
sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.


* Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya.
Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.


* Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.


* Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

No comments:

There was an error in this gadget

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...