NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Tuesday, July 24, 2012

Kesabaran Ada Batasnya Atau Kita Membataskan Kesabaran?

Assalammualaikum..

semalam adalah hari yang paling aku hilang sabar dengan hamba Allah nie, tak tahulah nak cakap macam mana lagi, kita tengah2 puasa boleh pula dia buat macam itu. nasib baik lah aku nie ada lagi tahap kesabaran, kalau ikutkan kata hati dah lama kena penampar dah. Tiba2 aku teringgat tentang kisah Rasullah S.A.W. boleh kah kita membataskan kesabaran dan kemarahan itu?

contohi rasullah s.a.w. dia tidak pernah berasa marah walaupon dicaci dan dihina. malah, dia mendoakan kepada mereka yg mencaci dan menghina beliau mendapat limpahan kurnia. kita kadang kala terlepas marah bukan sebab kita ada batas kesabaran. tapi kerana kita kadang kala terlupa(disebabkan syaitan). itukan manusia, lemah dan pelupa. tetapi kita perlu ingat! walaupun manusia lemah, ajaran islam adalah sempurna. itu yg menguatkan kita. sebab itu islam ada mengajar kita untuk mengawal kemarahan kita. -mengucap auzubillahiminashyaitonirrajim(aku berlindung kepada allah daripada syaitan yg direjam) -meninggalkan tempat tersebut. -mengambil wudhu' -duduk jika tengah berdiri -baring jika tengah duduk. ingat, manusia lemah tetapi ajaran islam yg menyempurnakan kita. jangan jadikan kelemahan kita sebagai alasan kerana ajaran islam telah meliputi segala aspek kehidupan kita. jadi batasan kesabaran bukan lagi alasan kerana: Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' - Surah Al-Baqarah ayat 286

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

No comments:

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...