NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Thursday, July 12, 2012

PERINGATAN BUAT WANITA YANG BERGELAR ISTERI



Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya. (H.R. Tirmidzi)

Dari Aisyah r.a, ia berkata, Aku pernah bertanya kepada Baginda s.a.w: Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri? Baginda menjawab: Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya. Kemudian aku bertanya lagi: Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami? Baginda menjawab: Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya. (H.R. Bazzar dan al-Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka. Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka? Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

No comments:

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...