KUALA LUMPUR: Ikatan perkahwinan selama lima tahun antara bekas
anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin dan Salyo Priyanto terlerai selepas
mereka sah bercerai pada Selasa.
Salyo, 37, seorang warga Indonesia melafazkan cerai dengan talak satu
terhadap Sasha, 36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak di sini, selepas
kedua-keduanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka
secara baik.
Lafaz yang dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin itu dibuat
pada pukul 2.55 petang dan mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu
sebagai sah memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga
bulan bermula hari ini.
Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin
pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna
Notosoemarsono, berusia tiga tahun.
Sebelum perkahwinan itu Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner
atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid
Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.
2 comments:
takziah pd sasha ats perceraian tu..smoga tabah..
slm perkenalan n follow u dear
tq intan morsalin