Salam sumer...
Dah beberapa hari tak hujan...tadi lebat dan hanya ketika entry ni dicatat, hujan baru reda...
cerita ttg bab hujan ni..tahu x apa xtvt yg best dilakukan time hujan2 begini....
apa diaa ????????
Mestilah tidur..... lagi syok kalau hujan2 lebat dan tarik selimut tebal...
Bila sebut tidur...kita x terkecuali dgn satu tabiat nan satu ni..sha
rasa u all mesti tau punya...apa lagi kalau x berdengkur...setgh orang
panggil mengorok...apatah lagi mengeluarkan bunyi yg kuat sehingga
mengganggu kawan tidur disebelah..
x mao berceloteh panjang..kali ni saya highlight sket ttg apa itu berdengkur dan langkah2 pencegahannya....JOM BACA..
Jangan anggap berdengkur masalah lazim, dapatkan nasihat pakar perubatan
BERDENGKUR sering dianggap tabiat melucukan dan terlalu lazim
dalam kalangan masyarakat, namun tahukah berdengkur sebenarnya gambaran
awal seseorang itu bukan saja berhadapan masalah dengan pasangan dan
kualiti kehidupan tetapi juga masalah kesihatan yang serius.
Tabiat berdengkur berlaku apabila seseorang
mengeluarkan bunyi bising semasa bernafas sewaktu tidur. Ia disebabkan
saluran pernafasan separa tersumbat di bahagian hidung atau kerongkong,
menyebabkan getaran lelangit lembut dan otot kerongkong yang
menghasilkan bunyi. Terminologi perubatan untuk masalah ini disebut
‘steator’.
Masalah ini biasanya dikesan menerusi
diagnosis pakar perubatan dari segi sejarah pesakit atau pasangan tidur
yang kerap mempunyai masalah untuk lelap akibat terganggu.
Pesakit berdengkur juga boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu
siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap
bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan. Paling
membahayakan sekiranya pesakit senang tertidur semasa memandu terutama
ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik.
Menurut Pakar Bedah Otorinolaringologi Hospital Columbia Asia, Bukit
Rimau, Dr Mazita Ami, punca berdengkur disebabkan saluran pernafasan
separa tersumbat sewaktu tidur terutama sewaktu tidur nyenyak dan ia
boleh dipengaruhi pengambilan alkohol atau ubat-ubatan sebelum tidur.
“Saluran pernafasan tersumbat boleh berlaku pada bahagian hidung atau
kerongkong atau kedua-duanya sekali. Oleh itu kehadiran tisu tonsil
atau adenoid yang besar, polip hidung, tulang hidung yang bengkok dan
pesakit yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher pendek dan besar
akan meningkatkan risiko masalah berdengkur,” katanya.
Masalah berdengkur boleh dikaitkan dengan masalah tidur serius dikenali
‘sleep apnea’. Ia berlaku apabila pesakit berhenti bernafas lebih
daripada 10 saat sewaktu tidur (apnea). Apnea pula boleh berlaku
berulang kali sewaktu tidur dan menyebabkan pengurangan kandungan
oksigen dalam darah pesakit.
Jelasnya, ‘sleep apnea’ yang tidak dirawat boleh membawa masalah darah
tinggi, sakit jantung, angin ahmar, glaukoma dan sebagainya. Kerana
itulah juga masalah berdengkur lazimnya dialami pesakit lelaki dalam
lingkungan usia 30 hingga 60 tahun terutama yang mempunyai masalah
berat badan berlebihan.
Adalah penting bagi pesakit mendapat nasihat pakar untuk mengetahui
sekiranya mereka mempunyai masalah ‘sleep apnea’. Masalah ini mempunyai
beberapa tahap serius mengikut hasil kajian tidur yang dijalankan ke
atas pesakit di makmal tidur di hospital atau di rumah pesakit sendiri.
Menerusi kajian ini, pakar akan dapat mengesan kekerapan ‘apnea’ semasa
tidur kerana semakin kerap berlaku ‘apnea’, semakin serius tahap
penyakit itu dan kesannya kepada kesihatan pesakit.
Rawatan untuk masalah berdengkur bergantung kepada punca yang dikenal
pasti. Pembedahan boleh dilakukan untuk merawat masalah saluran
pernafasan sempit seperti tisu tonsil yang besar, polip hidung dan
sebagainya. Sekiranya berkaitan dengan ‘sleep apnea’, rawatan
‘continuous airway pressure’ adalah antara yang berkesan.
Pesakit yang obes juga dinasihat untuk mengurangkan berat badan.
Tegasnya, berdengkur bukan masalah lazim yang patut diterima bila umur
meningkat. Ia boleh membawa masalah ‘sleep apnea’ yang serius dan
memudaratkan kesihatan pesakit. Mereka yang mengalami masalah tidur
bersama gejala mengantuk waktu siang, sakit kepala, keletihan dan
masalah emosi perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan.
2 comments:
Salam kunjung balas di sini n terima kasih.
sama-sama....