Bagaimana untuk meneruskan penyusuan badan apabila kembali bekerja.
Oleh Dr Balkees Abdul Majeed, Pakar Perunding Pediatrik dan Laktasi
Wanita
telah sentiasa bekerja, dalam sektor rasmi ataupun tidak rasmi. Jadi,
bagaimanakah mereka boleh meneruskan penyusuan badan jika mereka kerja
berjauhan atau tidak bersama bayi mereka?
Kebanyakan wanita akan kembali bekerja walaupun masih menyusu badan. Seseorang ibu itu perlu merancang dari awal jika ingin menyusu badan dan bekerja dengan jaya. Ibu perlu selesa dengan penyusuan badan dan yakin dengan bekalan susunya. Ini boleh dicapai dengan menyusu badan secara kerap dan eksklusif (tidak
memberi cecair atau makanan lain beberapa minggu sebelum kembali
bekerja). Memberi susu tiruan atau formula kepada bayi akan meyebabkan
bayi kurang menyusu daripada payu dara, dan bekalan susu ibu
berkurangan. Susu badan adalah penting untuk kesihatan ibu dan juga
bayi. Artikel 3 siri ini akan membincangkan apa yang si ibu boleh
lakukan SEBELUM kembali bekerja.
Sebelum Kembali Bekerja...
Bincangkan rancangan penyusuan badan bersama majikan sebelum
kembali bekerja, termasuk apa yang anda perlukan serta bagaimana
majikan boleh membantu. Cuti bersalin di Malaysia adalah sekurangnya 60
hari, jadi berunding dengan majikan agar anda boleh berada di rumah
selama yang boleh setelah bayi anda lahir. Anda juga boleh berbincang
tentang kemungkinan bekerja separuh masa semasa beberapa minggu pertama
dan kebenaran untuk 2-3 waktu rehat fleksibel pada hari kerja anda.
Berjumpa penjaga bayi anda. Bincangkan
rancangan anda dan cara anda ingin bayi anda disusui semasa anda di
tempat kerja. Penjaga bayi perlu faham dan sokong komitmen anda untuk
menyusu badan.
• Sesetengah ibu dapat menyusu badan semasa waktu rehat makan tengahari mereka. Adakah anda boleh ke tempat bayi anda atau bayi dibawa ke tempat kerja anda?
• Sesetengah ibu inginkan bayi diberi susu perahan semasa mereka di tempat kerja. Ajar penjaga bayi anda cara menyimpan dan mengendalikan susu badan yang betul. Arahan bertulis akan banyak membantu.
• Ramai ibu suka menyusu badan sebaik sahaja mereka bersama bayi mereka. Penjaga perlu tahu masa anda dijangkakan pulang supaya tidak akan menyusu bayi sejurus sebelum kepulangan anda.
• Sesetengah ibu dapat menyusu badan semasa waktu rehat makan tengahari mereka. Adakah anda boleh ke tempat bayi anda atau bayi dibawa ke tempat kerja anda?
• Sesetengah ibu inginkan bayi diberi susu perahan semasa mereka di tempat kerja. Ajar penjaga bayi anda cara menyimpan dan mengendalikan susu badan yang betul. Arahan bertulis akan banyak membantu.
• Ramai ibu suka menyusu badan sebaik sahaja mereka bersama bayi mereka. Penjaga perlu tahu masa anda dijangkakan pulang supaya tidak akan menyusu bayi sejurus sebelum kepulangan anda.
Menyusu bayi semasa ketiadaan anda. Bayi
tidak semestinya perlukan botol. Memperkenalkan botol semasa beberapa
minggu pertama selepas lahir hanya akan mengganggu penyusuan badan dan
menjejaskan pengeluaran bekalan susu yang baik. Terdapat cara lain:
dengan cawan, sudu atau cawan penyuap. Jika anda perlukan bantuan dengan
kaedah penyusuan ini, hubungi kaunselor penyusuan badan atau pakar
pediatrik anda. Namun, jika anda merancang untuk menyusu susu perahan
menggunakan botol, mulakan selepas usia 6 minggu bagi mengelakkan
keengganan payu dara dan/atau kekeliruan puting. Pastikan anda
menggunakan botol yang bebas bisfenol (BPA) kerana terdapat bukti
menunjukkan kimia ini boleh mengganggu tumbesaran sihat dan fungsi tubuh
bayi anda.
Simpan stok susu perahan. Mula
simpan susu badan diperah 2 minggu sebelum kembali bekerja. Minta
bantuan si bapa atau orang lain untuk memberi bayi susu perahan. Ini
membolehkan bayi mengaitkan penyusuan badan secara langsung dengan
ibunya dan susu perahan dengan orang lain.
Pam payu dara untuk tempat kerja. Jika
anda merancang menggunakan pam payu dara untuk memerah susu di tempat
kerja, pilih pam yang paling sesuai untuk keperluan anda. Berlatih
mengepam untuk menyesuaikan diri dengan cara pam berfungsi, masa diambil
untuk mengepam dan apa yang anda rasa semasa mengepam.
Perihal pakaian. Pakaian
dua lapis atau yang boleh dibuka di hadapan adalah lebih mudah untuk
penyusuan badan atau memerah susu. Pakaian bercorak yang boleh dibasuh
boleh menyorokkan bahagian yang basah akibat kebocoran susu.
Sesi percubaan. Pilih
satu hari untuk cuba melihat keadaan apabila anda kembali bekerja.
Sediakan diri dan bayi anda untuk hari tersebut. Susui bayi anda,
tinggalkan bersama penjaga, keluar sepanjang hari dan perah atau menyusu
seperti mana yang akan anda lakukan apabila kembali bekerja.
No comments: