assalamualaikum.. nak cerita sedikit tentang tip bila anak demam panas, sebab anak kesayanganku pun demam.
Demam ni adalah perkara yang merisaukan ibu bapa. Bila anak demam, ibu bapa jadi panik dan mungkin tertanya2 “Anak aku fully breastfeed tapi kenapa demam juga?”
Pertama
kita kena tahu apakah itu demam? Demam menandakan sistem pertahan badan
sedang di-activate untuk melawan jangkitan. Biasanya demam yang tiba2
disebabkan oleh tubuh anak kita terdedahnpada virus baru. Sebab tu lah selalu jumpa doktor, dia kata “Ini viral fever”.
Bila
diberi ubat macam paracetamol (pcm), ia bukan untuk bunuh virus tu tapi
memberi kelegaan misalnya turunkan suhu badan, kurangkan sakit sendi,
etc. Untuk melawan virus itu memerlukan antibodi dari tubuh anak kita
sendiri.
Sistem
imuniti berbeza2 pada setiap orang. Ia bergantung kepada ‘kecantikan
sel’ dalam tubuh. Anak yang diberi makanan berkhasiat & seimbang,
bebas dari udara kotor, ceria gembira & bersemangat akan sembuh
lebih cepat dari yang sebaliknya. Kenapa? Makanan yang tidak berkhasiat
dan pencemaran menjadikan tubuh anak kita lebih cepat menghasilkan
radikal bebas yang merosakkan sel; dan anak yang tak gembira (stress)
menghasilkan hormon kortisol yang melambatkan respon tubuh untuk membina
antibodi.
Kerana
itulah anak2 selalu demam bila disuntik vaksin. Ia bukan petanda tak
baik tapi adalah baik kerana menunjukkan tubuhnya bertindak ke atas
vaksin virus yang disuntik ke tubuhnya.
Kalau
anak cuma demam ringan (tidak melebihi 38 darjah C) ibu bapa tak perlu
nak cepat2 beri pcm, sebab peningkatan suhu badan tu menunjukkan
badannya sedang ‘berperang’ dengan jangkitan tu. Dan ia indikasi yang
bagus sebenarnya, sebab bila suhu badan meningkat, pembiakan
virus/bakteria penyebab penyakit menjadi perlahan. Tahu kenapa ubat
kimoterapi adalah panas? Sebab suhu yang panas memperlahankan sel kanser
dari merebak serta membunuh sel kanser tu.
Jadi
ibu kena ada termometer di rumah untuk sukat suhu badan anak kalai rasa
badannya panas. Kalau suhu badannya tak melebihi 38 degree C, ibu tak perlu risau, tapi itu adalah indicator bahawa anak perlukan vitamin
untuk meningkatkan imuniti tubuhnya. Bila melebihi 38 degree C,
sebaiknya bawa terus berjumpa doktor. Ini kerana demam tinggi tu boleh
jad indicator kepada penyakit2 lain, seperti:
- denggi
- jangkitan virus seperti selesema, hepatitis, etc
- jangkitan bakteria seperi sreptococus
- pendarahan dalaman
- petanda kanser terutama yang berkaitan dengan darah dan sebagainya
- jangkitan terhadap organ seperi pneumonia, etc
- penyakit autoimune
- kerosakan organ dalaman

Dalam
kes2 di atas, demam adalah petunjuk yang penting. Kalau tak demam
macamana kalau tiba2 dah tahu sakit lukaemia peringkat ke-4… Oleh itu
kalau sering demam panas, jangan pandang enteng. Lebih2 lagi demam panas
boleh membawa kepada sawan.
Tips ringkas Untuk Hadapi Anak Demam:-
1-
Sediakan “first aid kit” di rumah dengan keperluan2 seperti termometer,
basic H (atau asam jawa, atau apa yang boleh digunakan untuk jerlum
kepala & badan anak)
2- Sukat suhu badannya bila dia mula menunjukkan ciri demam. Kalau di bawah 38degree C, saya selalu beri anak minum air Musoffa dan Performance drink.
3- Rutinkan anak dengan supplement untuk kuatkan imuniti tubuhnya (anak yang dah besar, baby yang menyusu cukup dengan susu ibunya, insya-Allah).
4- Pastikan anak minum air masak. Kalau dia tak boleh minum (pahit mulut) berikan dia jus yang tidak mengandungi kafein. Cuba elakkan beri minuman isotonik berkarbonat kepada anak. Alternatif, saya beri anak minum Performance Drink.
5- Saya berikan anak2 saya Nutriferon semasa mereka demam.
6- Jangan tergesa2 beri PCM kalau anak cuma demam ringan (di bawah degree C). Tapi pastikan sukat selalu suhu badannya. Anak saya biasanya lepas 1-2 jam, panas badan dah turun.
7- JANGAN BERI ANAK UBAT ORANG DEWASA ATAU UBAT TERKAWAL SEPERTI ANTIBIOTIK. Antibiotik hanya boleh dipreskripsi oleh doktor sahaja.
8- Banyakkan berdoa dan elakkan dari berburuk sangka dengan Allah. Anak demam adalah tanda Allah sayang.. Allah beritahu kita sistem badan anak kita OK.
9- Elakkan dari bersedih depan anak. Berikan semangat untuk dia cepat sembuh. Kalau dia tengok mak sedih, dia lagi sedih. Macam takde harapan nak hidup je mak aku ni.
10- Doakan yang baik2… Hati2 bila berdoa pindahkan sakit anak kepada ibu.. Doa ibu mustajab.. Bila anak sembuh, ibu pula yang demam, mungkin lagi teruk sebab ibu tak larat nak jaga anak, nak uruskan rumah. Bila anak demam, ibu boleh jaga anak elok2, bila ibu demam, ibu masih kena jaga semua benda… Tapi siapa nak jaga ibu…

Apa
yang penting, mencegah lebih dituntut dari merawat. Sabda Nabi SAW juga
menggalakkan kita menjaga kesihatan dengan menjaga perut – jaga apa
yang masuk dalam mulut keluarga kita. Semestinya halal dan berkhasiat.
***
Tips untuk anak demam ringan saja. Kalau demam sebab penyakit2 tertentu
cepat2 rujuk pada doktor… Tak payah tunggu orang ni kata apa orang tu
kata apa. Once hit 38 degree C, terus bawa jumpa doktor tak payah fikir2
dah. There are lots of cases lambat bawa ke doktor yang ‘merosakkan’
badan anak itu.
***** Saya bukan doktor ya. Sekadar berkongsi pengalaman sebagai ibu.
No comments: