semalam adalah hari yang paling aku hilang sabar dengan hamba Allah nie, tak tahulah nak cakap macam mana lagi, kita tengah2 puasa boleh pula dia buat macam itu. nasib baik lah aku nie ada lagi tahap kesabaran, kalau ikutkan kata hati dah lama kena penampar dah. Tiba2 aku teringgat tentang kisah Rasullah S.A.W. boleh kah kita membataskan kesabaran dan kemarahan itu?
contohi rasullah s.a.w. dia tidak
pernah berasa marah walaupon dicaci dan dihina. malah, dia mendoakan
kepada mereka yg mencaci dan menghina beliau mendapat limpahan kurnia.
kita kadang kala terlepas marah bukan sebab kita ada batas kesabaran.
tapi kerana kita kadang kala terlupa(disebabkan syaitan). itukan
manusia, lemah dan pelupa.
tetapi kita perlu ingat! walaupun manusia lemah, ajaran islam adalah
sempurna. itu yg menguatkan kita.
sebab itu islam ada mengajar kita untuk mengawal kemarahan kita.
-mengucap auzubillahiminashyaitonirrajim(aku berlindung kepada allah
daripada syaitan yg direjam)
-meninggalkan tempat tersebut.
-mengambil wudhu'
-duduk jika tengah berdiri
-baring jika tengah duduk.
ingat, manusia lemah tetapi ajaran islam yg menyempurnakan kita. jangan
jadikan kelemahan kita sebagai alasan kerana ajaran islam telah meliputi
segala aspek kehidupan kita.
jadi batasan kesabaran bukan lagi alasan kerana:
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.'
- Surah Al-Baqarah ayat 286
No comments: