Wang
RM 100 & RM1.00 sama2 terbuat dari kertas, sama2 dicetak &
diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari
Bank dan beredar di masyarakat.
4 bulan kemudian mereka
bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda.
Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yg RM100
bertanya kpd RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh,
kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari
Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur,
penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd
RM100, "Knp km kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"
Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut
perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg
hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar
dari dompet"
Lalu RM1.00 bertanya lg, "Pernahkah engkau
singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tidak pernah" RM 1.00 pun
berkata lg, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu
singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu
bersyukur kpd TUHAN. Aku tdk dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah
sebuah manfaat"
Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong
dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama
ini. Jd janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah
seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana
kekayaan bukanlah utk kesombongan!
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI
4 comments:
tersirat pengajaran di balik cerita..:)
nilai duit seringgit lebih mulia berbandiang RM100..
itulah yang di maksudkan nilai kecil mulia dari yang besar
semoga jadi iktibar kepada kita
iye phat sama2 kita jadikan iktibar