betul tak bulan puasa nie kita terlalu ikut nafsu? yelah mana taknya, yang nie nak yang tu nak, kalau boleh semua nak di belinya. kalau pergi bazar jer boleh juling mata, tak tahu mana satu nak di beli. tapi hari ini saya nak cuba masak insyaallah kalau sempat. Teringgin sangat nak buat telur bistik dah lama tak buat.
RESEPINYA
bahan
2 biji telur
ayam bahgian isi/dada(potong kiub)
udang size sederhana(buang kulit)
sos tiram
serbuk lada putih
Untuk Sos Bistik
sedikit minyak
sedikit cili blender
1 kiub ayam maggie
1 ulas bawang merah- dimayang
2 ulas bawang putih- di mayang
sedikit halia-dihiris nipis
sos tomato
sos cili
sos tiram
sedikit lobak merah dipotong halus
bunga kubis potong kecil
1/2 buah tomato-dipotong dadu
1 biji lada merah-dipotong seron
air
Cara Membuat
perap ayam dan udang dgn sos tiram dan serbuk lada. then goreng hingga masak.
pukul telur hingga kembang, mskkan ayam dan udang yg digoreng tadi. goreng hingga masak seperti telur dadar. dah masak letak dlm pinggan sesuai.
then buat sos nyer pulak.
Sos Bistik
Panaskan kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.masukkan sedikit cili blender dan kiub ayam.kacau hingga naik bau.kemudian masukkan sedikit air.
masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram.biarkan hingga mendidih.
Kemudian masukkan pula hirisan lobak merah, hirisan cili merah, hirisan halia dan buah tomato yang dipotong dadu.kacau lagi hingga bebetul sebati.Bila da masak (agak pekat) boleh la tuangkan keatas telur yang di goreng tadi.Tadaaaa da pun siap.Enak dimakan bersama nasi panas-panas ok.
* kalau nk letak mix vege pon boleh, nak tambah vege lain selain lobak merah pon boleh.tambahkan jugak hirisan bawang besar dipotong bulat-bulat*
10 comments:
Sedappp :) hee.
kalau nak jemputlah datang rumah :)
sedapnye..nyum2
bulan puasa semuanya sedapkan :)
waaaa....nak nakk... :)
ooo,,tk penah order telur bistik ni bila gi kedai mkn,,nmpk sedappp jer,,kene try nih nanti,,p/s jenjalan sini dan follow skali,,;)
wahhh sedap2 hehe...my favorite:)
lieya nasir kalau nak datang rumah.
missina cuba sekali pasti nak lagi tau hehehe....
ajib samalah kita
Sedapnyer. Telur bistik ni fav akak. Sekarang dah ader idea nak masak aper tuk buka posa nanti. Thanks.
sama2. simple jer kan