NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Thursday, November 1, 2012

Jauhi Makanan Tinggi Kalori Agar Hati Sihat Dan Muda

Selain berolahraga, ternyata menjauhi makanan-makanan yang tinggi kalori mampu membuat fungsi hati lebih sihat seakan orang-orang yang berusia 20 tahun lebih muda. Kajian yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik University School of Medicine St. Louis di Washington mendapati bahawa dengan mengurangi jenis makanan berkalori mampu membuat tubuh mengadaptasi aktiviti fizikal dengan lebih mudah, kurang stres dan akan memiliki kualiti tidur yang lebih baik.

Biasanya, makanan tinggi kalori ini adalah seperti makanan segera, jajan, gorenggorengan, gula‑gula getah, aiskrim, mayones, kuah daging, kopi segera, bijirin sarapan manis, puri kentang dengan tambahan keju, kerepek, susu tinggi lemak dan daging yang diolah.

Selain itu, bagi penyelidik pula mengurangi makanan yang berkalori akan membantu jantung berfungsi dengan lebih baik lagi. Ini kerana, lebih tinggi kadar variabiliti jantung akan membuat jantung lebih mudah menyesuaikan diri. Menjauhi makanan berkalori juga akan mengurangi risiko akibat penyakit jantung sehingga 30-40 peratus.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

4 comments:

Nurul Husna Mohd Hassan said...

alamak! saya ni kalau makan main bedal je. hehe

norhayati rusli said...

takper badan dah kurus. nurul husna

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

heheh yg sedap tu lah yg byk kalori kan,,heheh nk blaja kurg2kanla cmni

norhayati rusli said...

hehehe leh jugak

There was an error in this gadget

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...