NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Wednesday, November 14, 2012

Ingin Mata Anda Selalu Sehat? Ini Dia Tipsnya :)

Kesihatan: 7 Langkah memastikan mata sentiasa sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
 
Hari ini sekadar nak berkongsi 7 tips ringkas untuk memastikan mata kita sentiasa sihat. Dalam kehidupan seharian kita yang serba sibuk ini, penjagaan kesihatan merupakan benda yang amat penting untuk diri kita dan keluarga kita. Kurniaan yang tidak dapat dijual beli ini sangatlah berharga dan perlulah kita menjaganya supaya ia kekal dapat digunakan oleh diri kita seumur hidup insyaALLAH. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh kita ikuti untuk memastikan mata kita sentiasa sihat.

Periksa mata anda setiap 12 bulan atau awal
Jika kita menggunakan kanta lekap atau cermin mata yang sudah tidak sesuai dengan kadar penglihatan kita, kita akan menyebabkan kekaburan mata kita semakin teruk dan ada sesetengah orang yang akan menghadapi sakit kepala disebabkan perkara ini.

Gunakan lensa yang terbaik
Terdapat terlalu banyak lensa di pasaran, tetapi bukan semua lensa adalah sama. Terdapat kualiti yang berbeza-beza. Disebabkan itu, pilihlah kualiti lensa yang baik, kerana ini akan mengelakkan daripada lensa tersebut merosakkan mata kita. Lensa yang tidak baik akan menyebabkan mata kita semakin rosak sepanjang masa kita menggunakan lensa tersebut.

Buat rujukan dan cari sebarang reviu mengenai lensa tersebut sebelum membuat pembelian di mana-mana pusat optometris pilihan anda.

Gunakan cermin mata anti UV
Di dalam keadaan cuaca di Malaysia ini yang panas sepanjang tahun, kita perlu mengambil berat juga mengenai cahaya UV yang terpancar sepanjang hari. Oleh yang demikian, disarankan untuk kita memakai cermin mata gelap (sunglasses) yang baik, yang melindungi kita daripada cahaya UV ini. Seeloknya kita elakkan daripada membeli cermin mata gelap yang murah di pasar-pasar malam atau tempat yang seumpamanya, kerana kebanyakan cermin mata ini tidak menapis cahaya UV, sekali gus menyebabkan kita tidak melindungi mata kita daripada pancaran sinar UV.

Terdapat juga cermin mata yang dapat menapis cahaya UV yang tidak terlalu mahal, kalau anda rajin mencari, pasti akan menjumpainya. Namun jika anda mempunyai kemampuan untuk membeli cermin mata yang mempunyai kualiti yang bagus, sebaik-baiknya anda membeli cermin mata tersebut.

Jaga apa yang anda makan
Tiada makanan yang akan menyebabkan mata anda rosak secara langsung, dan jika anda mengambil vitamin dan mineral yang betul, ianya akan membantu anda untuk menjaga kesihatan mata anda. Vitamins C, A and E, asid folik, selenium and zink sememangnya akan memberi faedah kepada kesihatan mata anda. Terdapat banyak lagi vitamin lain yang akan membantu secara tidak langsung terhadap kesihatan mata anda. Selepas ini jadikan lobak merah sebagai salah satu menu makanan anda.

Pencahayaan yang secukupnya semasa membaca atau menggunakan komputer
Semasa anda membaca atau sedang menggunakan komputer, pastikan pencahayaan dikawasan pembacaan anda alah cukup supaya mata anda tidak cepat penat dan letih. Jika cahaya yang digunakan terlalu terang, ianya akan menyebabkan mata kita rosak. Seelok-eloknya kita pastikan pencahayaan kita adalah cukup terang tetapi tidak menyebabkan mata kita tidak selesa.

Rehatkan mata anda
Dalam dunia sekarang ini, kebanyakan kerja yang kita lakukan menggunakan komputer dan disebabkan itu, kita akan berkelip 25% kurang daripada biasa. Ini menyebabkan mata kita akan cepat kering. Memang kita akan berkata, kalau macam tu, aku akan berkelip lebih banyak aa. Tapi kita tidak dapat mengawal refleks secara semulajadi ini. Justeru itu, pejamkan mata anda dan kira sehingga 5, lakukan perkara ini dari masa ke semasa.

Satu lagi cara adalah dengan mengalihkan pandangan dari skrin anda dan lihat objek yang berada jauh dari anda. Jika anda mempunyai tingkap yang mempunyai permandangan yang hijau, lihat sejauh mata mampu memandang, ini akan membantu anda merehatkan mata anda.

Jaga kanta lekap anda
Jika anda pengguna kanta lekap, pastikan anda menjaga sebaik-baiknya. Sentiasa bilas kanta lekap anda apabila anda memasang atau menanggalkan kanta lekap anda. Pastikan juga anda menukar cecair kanta lekap anda di dalam bekas yang anda guna untuk menyimpan kanta lekap anda semasa anda tidur. Pastikan kuku kita tidak terlalu tajam, kerana ianya akan merosakkan kanta lekap jika kita tidak berhati-hati, dan menyebabkan penglihatan kita tidak selesa.

Semoga tips-tips ini akan membantu kita dalam penjagaan mata kita dalam kehidupan seharian.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

2 comments:

tiqa said...

kunjungan balas dari blog budakkecikbermonolog. ^____^

Unknown said...

tq yer haziqah and atiqah

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...