NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Thursday, December 13, 2012

Pukul Anak Kerana Ganggu Siapkan Advertorial

Tajuk tidak beragak 'catchy'nya. Apa yang saya hendak tulis adalah berkaitan dengan cabaran masakini seorang ayah dalam membesarkan anak. Hidup zaman moden ini memang tidak semudah dahulu. Banyak perkara yang perlu diuruskan. Tak macam orang zaman dahulu.

Orang sekarang, segala macam urusan perlu dilakukan, lagi banyak benda yang ada, lagi banyak benda yang perlu ditanggung. Misalnya orang sekarang ada rumah ada kereta ada smartphone, banyak hal nak kene pikir. misalnya

ada rumah - kene bayar installment rumah, kene bayar cukai pintu, cukai tanah, kene betulkan lampu rosak, tandas leaking, autogate rosak

ada kereta - kene bayar bulan2 installment kereta, bayar roadtax dan insurans, kalau rosak kene repair, cukup masa kene servis, tayar haus kene ganti

ada smartphone - kene bayar bil telefon, handphone rosak atau screen crack kene ganti, exceed data tak boleh nak online dgn laju

Kene pulak zaman sekarang zaman facebook dan blog, akan terpapar benda2 yg buatkan kita teringin pada bila2 masa. contohnya bila nampak redmummy pergi europe, terasa nak cari duit untuk pergi europe, bila tengok kawan pakai c250, terasa nak nak cari duit beli F10. Bila kawan angkat S3, terasa nak beli Galaxy Note 2 pulak.

Keinginan beginilah yang membuatkan kita kene berusaha lebih utk mendapatkan apa yang kita inginkan

inilah anak kesayanganku yan tengah merajuk


So, apa kaitan dengan pukul anak?
Zaman sekarang memang banyak perkara yang perlu difikirkan dan juga dilakukan, kene pulak anak meragam teruk sewaktu kita berhadapan tekanan, tak mustahil anak sendiri yang kita sayang kita akan pukul.

AKAN TETAPI
Saya berpendapat memukul untuk pengajaran adalah sesuatu yang perlu, kadang2 anak-anak selagi dia tak rasa sakit dia tak akan buat benda yang kita tegah. Abah saya memang memegang rotan sepanjang membesarkan saya.

yang penting kawal amarah dan pukul dengan niat nak beri peringatan agar tidak buat lagi perkara yang tak sepatutnya seorang anak buat.


p/s: zaman abah dan emak saya dulu, rumah pun asal boleh, takde pulak bayar installment, kenderaan pun basikal ajer, memang tak banyak nak serabut, kerja pun tak ada KPI.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

2 comments:

dya bunga said...

dya dulu2 time kecik slalu kne rotan ngn mama dya..huhu..bila dh kena rotan mmg kita xbuat perkara yg sama lh..

norhayati rusli said...

tq yer dya bunga sudi komen

There was an error in this gadget

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...