NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Monday, September 10, 2012

Risau Kelopak Mata Belah Kanan Bergerak - gerak :)

Assalammualaikum ~
Selamat Tengahari Semua..
Korang tau tak apa maksud mata sebelah kanan (atas) bergerak ?
( Twitching of the eyelid )
Dari Jumaat sampai hari ni mata saya bergerak ja..SERIUS..
dah berhenti then bergerak balik.
Buat saya tak selesa langsung. huhu ~
Saya tak tanya mak tapi tanya kawan..haha ~
kawan cakap " jumpa orang jauh "
tapi siapakah ? 
siti nurhaliza  kot ! HAHA !
 
 
Then, saya cari maksud petanda ni la konon..hehe :)
  1. Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik

  2. Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira

  3. Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita

  4. Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)

Bukan tue ja, ada banyak lagi tapi bukanlah untuk di percaya bulat bulat ea.. Kadang kadang ia berlaku secara kebetulan kan ? so, nak percaya atau tak Wallahu'alam ~

  1. Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan

  2. Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan

  3. Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh

  4. Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis

  5. Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh

  6. Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan

  7. Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta

  8. Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati

  9. Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut

  10. Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan

  11. Bibir bawah bergerak = akan menangis

  12. Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik

  13. Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.

  14. Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang

  15. Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan

  16. Telinga bergerak-gerak = berkelahi

  17. Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita

  18. Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran

  19. Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang

  20. Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua

  21. Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala

  22. Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta

  23. Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata

  24. Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia

So, siapakah gerangan orang itu ? muwahahahaha..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

No comments:

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...