NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Monday, August 13, 2012

Bila Kita Jauh Dengan PENCIPTA


 

Bila kita dalam tekanan (stress),kita  mencari lagu yang sesuai dan kena dengan jiwa (kononnya) untuk didengar,bukan dicari alunan ayat-ayat Al-Quran.

Bila kita dalam kesedihan,kita cari teman untuk berkongsi ratap tangis,bukan dikongsi dengan Tuhan.

Bila kita marah,kita sering menjerit,meninggikan suara;menggunakan kata-kata kesat dan nista dalam melahirkan rasa tidak puas hati,bukan kita diam,berwudhu’ dan solat sunat 2 rakaat.

Bila kita rasa  tertipu dengan seseorang,kita berdendam dan mahu membalas setimpal atau lebih teruk,bukan kita bersabar dan mendoakan biar Allah bukakan hatinya untuk sedar dari kesalahannya.

Bila kita tidak menyukai seseorang,kita cuba mencari kesalahannya dan memfitnah/ber’gossip’,bukan kita cuba mengenalinya dengan lebih dekat untuk tahu masalah dan dirinya yang sebenar kerana Allah.

Bila kita rasa kurang bermotivasi dan perlukan inspirasi,kita lihat pada ‘orang-orang kaya dan ternama’ di dunia dan bukan pada mereka yang sudah dijanjikan Syurga olehNYA.

Persoalannya,mengapa kita cari kegembiraan,ketenangan dan kedamaian jiwa pada ‘tempat-tempat’ yang salah dan yang tidak sepatutnya?

Tidakkah kita tahu perilaku lazim kita ini tidak mampu membawa kita ke mana-mana malah merumitkan masalah jiwa kita yang sering meronta-ronta mencari hala tujunya yang nyata?

Astaghfirullah al a’dzim..

Kawan-kawanku,

Jujurnya,aku kira ini semua berbalik pada kualiti hubungan kita dengan Pencipta.Maka SOLAT adalah medium perantara kita denganNya.Jika baik hubungan kita dengan DIA,maka yang lain mesti 'cantik' belaka..

Fahamilah maksud bacaan dalam solat kerana jika tidak,solat kita adalah sekadar aktiviti fizikal tanpa kesatuan fikiran dan hati.Ruh solat kita mati tanpa berserta hati kerana solat yang berkualiti dan mampu menjadi pendinding diri terdiri dari gabungan 3 elemen utama ini:

*Qauli (Lidah-Bacaan)*Qalbi (HATI)*Fikli (Perbuatan)

Jika salah satu tiada,kamu dan aku tahu jawapannya;Solat kita akan jadi solat picisan yang tidak mampu menjadi perisai pada tentangan hebat ujian dunia.Nauzubillah..

Cukup aku gariskan di sini maksud bacaan ketika duduk di antara dua sujud sebagai penutup.

Rabbighfirli 
(TUHANku,ampuni aku..)

Warhamni 
(Sayangi aku..)

Wajburnii 
(Tutuplah keaiban-keaibanku..)

Warfa'nii 
(Angkatlah darjatku..)

Warzuqnii(Beri aku rezeki..)

Wahdinii 
(Berilah aku petunjuk..)

Wa 'afinii 
(Sihatkan aku..)

Wa 'fuannii 
(Ampuni aku..)

Kini bila kau tahu maksudnya,adakah kau rasa 'rasa itu'?
Ya.Aku tahu.Itu juga yang aku rasa.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

No comments:

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...