Lelangit Zaquan Berlubang Apa Dimakan Keluar Di Hidung (dalam majalah mingguan wanita)
Bagi
yang melihat Muhammad Zaquan Adha bin Bakeri tentunya menganggap tiada
apa yang tidak kena pada anak kecil berusia setahun lima bulan ini.
Tetapi di sebalik kesempurnaan fi zikalnya tersembunyi derita yang
ditanggung oleh anak bongsu kepada Rohani binti Mohd Ali dan suaminya
Bakeri bin Derani ini.
Anak kecil dipanggil Zaquan
ini mengalami masalah lelangit berlubang. Tidak seperti masalah mulut
sumbing atau terma sainsnya lelangit rekah, lelangit bercelah atau cleft
palate, masalah yang dialami oleh ini hanya dapat apabila dia membuka
mulutnya dengan luas.
“Kalau hendak melihat
masalah Zaquan hanya itulah caranya. Dia perlu buka mulut. Setiap kali
diminta buka mulut dia tentu menangis dan ia perkara biasa buat dirinya.
Tapi dia tidak sakit,” tutur Rohani sambil memegang mulut anaknya agar
penulis dan jurugambar boleh mengambil gambar lelangit berlubang dalam
mulut anaknya.
Menurut ibu ini lagi dia dan suami
tidak menyedari bahawa anak ketiga mereka ini mengalami masalah lelangit
berlubang sewaktu dilahirkan. Hanya setelah usia anak nya empat bulan
barulah mereka perasan akan masalah tersebut.
“Kami
sedar apabila melihat dia makan dan minum. Apa yang dimakan akan keluar
kembali daripada hidungnya. Apabila kami melihat ke dalam mulutnya
barulah kami ternampak lubang yang terus bersambung pada hidungnya.
Tengok sahajalah hidungnya ini. Kemek dan seperti tidak ada tulang.
“Pada
mulanya saya terkejut dan tidak boleh menerima keadaan yang dialami
oleh anak saya ini. Apabila saya pergi ke hospital untuk melakukan
pemeriksaan selanjutnya, barulah saya tahu apa keadaan sebenar anak.
“Selepas
doktor melakukan pemeriksaan, dia mengesyorkan agar saya berjumpa
dengan pakar di hospital Kuala Lumpur. Saya dan suami pun bawa anak ke
sana. Berulang kali kami ke hospital untuk melakukan pemeriksaan.
Akhirnya doktor yang memeriksa memberitahu bahawa pem bedahan untuk
membetulkan lelangit berlubang itu boleh dilakukan jika berat badan anak
saya mencapai 7 auns ke atas.
“Tetapi dengan
berat badan Muhammad Zaquan Adha yang tidak pernah mencapai 7 auns,
tidak tahulah bila boleh pembedahan itu dibuat. Ditambah pula kami tidak
mempunyai wang yang cukup untuk melakukan pembedahan, mungkin lambat
lagilah,” jelas Rohani dengan perlahan. Terpaksa Berhenti Kerja
Demi anak ini juga, Rohani terpaksa berhenti kerja sebagai jurujual di sebuah pusat membeli-belah di Kajang. Sejak bulan Ogos 2011, dia hanya tinggal di rumah untuk menjaga Zaquan.
“Pada
mulanya saya hanya mahu meng ambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan.
Tetapi majikan tidak membenarkannya. Saya diminta berhenti. Saya tiada
pilihan dan terpaksa melakukannya. Jika saya tidak berhenti, anak saya
ini tidak ada yang jaga.
“Susah untuk menjaga anak
ini kerana dia sering sakit. Jika abang atau kakaknya demam, sudah
pasti dia akan demam juga. Badannya tidak kuat. Selain mudah demam, anak
saya ini juga sering kena sawan.
“Dahulu semasa
saya bekerja, anak saya selalu sakit dan sering juga masuk wad. Bila
saya hantar pada pengasuh pula, sukar bagi mereka untuk menjaganya,”
katanya lagi.
Sambung Rohani lagi, sejak dia ber
henti kerja bermakna tiada lagi wang tamba han yang boleh digunakan
untuk per belanjaan keluarga. Akibat masalah kewangan ini juga, dia
terpaksa menghentikan pembelian susu khas yang sepatutnya diminum oleh
Muhammad Zaquan Adha untuk tujuan menambah berat badannya.
“Dahulu
saya pernah jumpa pakar pema ka nan. Dia sarankan saya beli susu khas
itu. Satu tin susu berharga RM70. Sebulan lebih kurang tiga tin yang
diperlukan. Dahulu sewaktu saya masih ada kerja, duit gaji saya gunakan
untuk beli susu khas itu.
“Tetapi sekarang saya
tidak mampu lagi. Duit gaji suami yang bekerja sebagai pemandu pula
hanya cukup-cukup untuk perbelanjaan keluarga dan persekolahan anak-anak
sahaja. Sekarang ini anak saya hanya minum susu formula biasa sahaja.”
Selain
minum susu, Zaquan turut diberi makanan biasa. Tetapi sebelum diberi
kan kepadanya, Rohani perlu mengisarnya hingga halus terlebih dahulu
bagi memudah kan dibuat bagi memudahkan nya menelan makanan.
Risau Dengan Perkembangan Anak
Selagi Zaquan tidak melakukan pem bedahan untuk membetulkan lubang di lelangit nya maka selagi itulah dia akan meng alami masalah untuk makan dan minum. Itulah yang merisaukan Rohani, lebih dari itu jika pembedahan lambat dilaku kan, pertuturan anaknya juga akan menjadi lambat.
Selagi Zaquan tidak melakukan pem bedahan untuk membetulkan lubang di lelangit nya maka selagi itulah dia akan meng alami masalah untuk makan dan minum. Itulah yang merisaukan Rohani, lebih dari itu jika pembedahan lambat dilaku kan, pertuturan anaknya juga akan menjadi lambat.
“Anak
saya mungkin akan jadi sengau jika pembedahan tidak dilakukan. Saya
tidak mahu anak saya berkeadaan sebegitu. Saya mahu anak saya bercakap
seperti kanak-kanak biasa. Saya juga mahu anak saya membesar seperti
kanak-kanak sebayanya. Malah doktor juga mengesyorkan agar pembedahan
dilaku kan sebelum usianya tiga tahun untuk memudahkan dia bercakap
dengan betul dan sempurna,” ujarnya sambil mem beri tahu walaupun punya
masalah lelangit tapi dia seorang anak yang aktif.
“Memang
penat menjaganya. Waktu malam saya sentiasa terjaga daripada tidur
mendengarkan tangisan dia. Apabila dia sudah bangun sukar pula untuk
menidur kan nya. Pada waktu siang pun sama. Sebab itu saya tidak boleh
mencari kerja lain.
“Jika diikutkan hati saya mahu
bekerja semula. Cari duit belanja tambahan. Tetapi memikir kan
kesukaran untuk orang lain untuk menjaga Zaquan saya terpaksa lupakan
seketika,” ungkapnya ketika ditemui di rumahnya yang terletak di Kajang.
BANTU ADIK ZAQUAN
Bagi pembaca yang ingin membantu Muhammad Zaquan Adha, bolehlah menghulurkan bantuan kepada ibunya Rohani. Anda boleh menghulurkan wang ke akaun Maybank Rohani binti Hj Mohd Ali-162021478503. Atau anda boleh menghubungi nombor telefon 012-6175118.
Bagi pembaca yang ingin membantu Muhammad Zaquan Adha, bolehlah menghulurkan bantuan kepada ibunya Rohani. Anda boleh menghulurkan wang ke akaun Maybank Rohani binti Hj Mohd Ali-162021478503. Atau anda boleh menghubungi nombor telefon 012-6175118.
No comments: