LAGI KERAP MINUM SUSU....BADAN LEBIH LANGSING ! BUKAN SUSU BADAN TAPI SUSU SEGAR ( FRESH MILK )...!!!!!! :)
Disini disertakan 10 kebaikan susu segar atau susu tepung. Ambillah
setiap hari untuk memberikan tenaga dan kesihatan pada otak + tulang +
badan kita. Tapi jangan minum selalu susu pekat manis pula.. Kurang
sihat..
• Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. Kita tidak akan men
dapat vitamin tambahan + kalsium tanpa meminum susu
• Meminum susu juga boleh melindungi kita dari kerosakan gigi + masalah
kaviti. Kita harus memberi jaminan kepada anak2 tentang kerosakan gigi
dengan menawarkan mereka segelas susu coklat. Tidak ada rekod kerosakan
gigi kerana minum susu dengan perisa coklat
• Lemak susu tidak
memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka
yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka
yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral
untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas
• Susu adalah
anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih
ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu
tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain
•
Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku +
rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat
dan fleksibel
• Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama
jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang
yang awal
• Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat
menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi
tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat
bekerja
• Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan
tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan
berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa
senaman
• Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala
PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang
tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita
• Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk
beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah
merah) + kalsium (untuk tulang yang kuat) + karbohidrat (tenaga) +
magnesium (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan
tenaga) + kalium (baik untuk sistem saraf) + protein (untuk proses
pertumbuhan dan penyembuhan) + riboflavin (untuk kulit sihat dan
berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun)
4 comments:
Xsuka minum susu....uhuhu...
Tq follow blog saya... :)
RATU HATIKU kita kena minum juga, nanti bila dah berumur tulang kita boleh menjadi reput.
Salam kenal. Akak suka susu tapi akhir2 ni rasa muak pulak.
memang kadang2 kita akan terasa muak bila minum. MAK WARDAH