Berikut cara penyediaan sayur tanpa kehilangan banyak zat di dalamnya :
Elakkan membasuh sayur atau memotong sayur sebelum anda benar-benar ingin memasaknya.
Basuh sayur dengan cepat lebih baik daripada merendamnya.
Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur. Pemakaian pisau yang
kurang tajam menyebabkan sayur lebam dan mengurangkan kandungan zat
secara tidak langsung.
Potong bahagian yang diperlukan dan
mengandungi banyak zat sahaja. Misalnya ada sayur yang mempunyai zat
paling banyak pada daunnya.
Elakkan membuang kulit sayur seperti
kentang sebelum direbus. Merebus kentang bersama kulitnya sekali dapat
mengurangkan zat yang terkandung dalam sayur tersebut hilang. Walau
bagaimanapun cara ini tidak sesuai untuk masakan yang hanya menggunakan
kentang sebagai bahan tambahan.
Masak cara stim lebih baik jika
dibandingkan dengan merebus sayur. Cara stim dapat memastikan zat yang
ada dalam sayuran tersebut tidak hilang dengan banyak. Jika sayur atau
cara masakan anda hanya dengan langkah merebus, pastikan anda tidak
merebus sayur itu hingga lembik.
Elakkan memotong sayur kepada potongan kecil. Jika boleh, jangan potong sayur tersebut.
2 comments:
betul tu..jangan potong sayur kecil-kecil..nanti zat hilang..
tq mama rey sudi komen