Suatu kisah yang diceritakan dalam
tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang
sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang
kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang
benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia
merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan
kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang
waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di
sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang
bercahaya itu.
Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan
ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui
kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau
waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.
Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang
mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang
pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk
mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati
dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang
dilihat diperkuburan suaminya.
Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal
suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa .Suaminya seorang petani kecil.
Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa
lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak
pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca
quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut
dan isteri simati.
Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati
selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati
teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali
sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur
suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu
diambilnya alqur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh
kecintaan dan kasih sayang.
Ia akan duduk dan membelek alqur’an itu sehelai demi sehelai seperti
sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan
meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang
menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati
lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang
sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu.
Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah,
maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak
dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku
sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “Wahai Kalamullah, jangan
lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan
diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya
tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta
untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat
mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh,
helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada
bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis
berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu
dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan
sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan
raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di
dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan
pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk
bacaan semua
No comments: