Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang
pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.
Perbuatan
merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana
anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan
dalam tempoh yang lama, katanya.
Pakar itu juga menekankan,
perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah
jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.
Merokok adalah perkara
buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas
berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di
Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.
Disebabkan
berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya,
merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang
diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah
menjadi beku.
Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali
gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu
degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.
Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas.
No comments: