Anak saya dan susu
1. Anak saya sering mengalami sembelit.
Bolehkah saya mencairkan susu?
Tidak, susu tidak boleh dicairkan untuk memastikan
bahawa anak anda mendapatkan nutrisi maksimum dari susu. Adalah
dianjurkan anda memberikan air tambahan di antara waktu makan/menyusu.
2. Bolehkah susu tepung disediakan
dengan air sejuk?
Walaupun penyediaan dengan air sejuk tidak
merosakkan formula susu, anda disarankan untuk mengikuti arahan,
iaitu penyediaan dengan air suam. Jika formula disediakan
dengan air sejuk, tepung susu mungkin tidak larut sepenuhnya.
3. Ketika anak saya mencapai 6 tahun,
bolehkah dia meneruskan dengan Dutch Lady 456? Berapa lama
dia boleh terus minum?
Anak anda masih boleh meneruskan dengan Dutch
Lady 456, kerana ia merupakan amalan yang baik untuk memastikan
bahawa anak anda mempunyai kebiasaan minum susu. Susu tidak
lagi dihidangkan sebagai sumber nutrisi utama/makanan untuk
anak anda pada usia ini kerana dia perlu mengambil pelbagai
makanan pepejal. Susu adalah makanan pelengkap penting baginya
untuk memberikan dia nutrisi penting yang mungkin tidak cukup
diambil dari makanan sehari-hari. Disarankan agar anak anda
minum dua hingga tiga gelas Dutch Lady 456 setiap hari. Tidak
ada batas usia untuk meminum Dutch Lady 456. Jika tidak, anda
juga boleh memberikan dia Dutch Lady 6 + yang juga dirumuskan
dengan 5XDHA *.
* Dibandingkan dengan formulasi susu tepung sebelumnya.
4. Saya temui artikel tentang beberapa
kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak boleh minum susu lembu
kerana mereka mengalami intoleransi laktosa. Apa itu?
Di samping semua nutrisi yang bernilai, susu
juga mengandungi gula susu atau dalam istilah saintifik dikenali
sebagai laktosa. Laktosa memberikan tenaga yang diperlukan
untuk tubuh anda.Apabila anda minum susu, tubuh anda menguraikan
laktosa kepada dua gula ringkas yang lain supaya ia akan diserap
oleh tubuh anda sebagai tenaga. Tubuh anda memerlukan enzim
yang disebut Laktase untuk melakukan ini. Sesetengah orang
kekurangan enzim laktase yang boleh menukar laktosa (gula
susu). Mereka ini dikenali sebagai memiliki intoleransi laktosa.
Intoleransi laktosa bermakna anda tidak dapat mencerna makanan
dengan laktosa di dalamnya. Setelah makan makanan dengan laktosa
di dalamnya, anda mungkin merasa sakit, perut ada angin/gas,
cirit-birit dan pembengkakan di perut anda.
Namun, pengambilan produk susu fermentasi, seperti yoghurt,
keju dan mentega, tidak menyebabkan masalah kerana ianya tidak
lagi mengandungi laktosa.
Susu Untuk Membesar
Sebahagian besar kandungan susu adalah air.
Susu tepung adalah susu dari mana air ini telah diekstrak.
Serbuk tersebut tetap mengandungi semua nutrien penting dari
susu. Anda hanya perlu menambah air dalam susu tepung tersebut
untuk membentuk semula air susu.
Selama beberapa generasi, Dutch Lady berbangga membawa nutrisi berkualiti tinggi kepada ibubapa untuk anak-anak kecil mereka melalui formula Susu Untuk Membesar. Kami adalah yang pertama di dunia menawarkan kepada para pengguna formulasi Susu Untuk Membesar, dan kami terus berpandu kepada kajian dan usaha-usaha pembangunan kami diperingkat antarabangsa dan tempatan, untuk terus membangunkan inovasi-inovasi terobosan yang memberikan nutrisi susu terbaik untuk generasi masa depan kita.

Nutrien penting dalam Susu Untuk
Membesar
Di Dutch Lady Malaysia kami berusaha untuk menawarkan pelbagai
produk Susu Untuk Membesar yang dicipta secara nutrisi untuk
pertumbuhan optimum, memastikan nutrisi yang seimbang untuk
kanak-kanak yang sedang membesar di Malaysia.
Kebaikan tambahan seperti DHA, AA
Dengan kajian berterusan kami membangunkan teknologi baru
untuk meningkatkan formula kami. Baru-baru ini kami telah
menaiktaraf Susu Untuk Membesar Dutch Lady dengan 5XDHA. DHA
atau asid docosahexaenoic merupakan lemak penting yang diperlukan
untuk pertumbuhan otak dan diperlukan untuk mempertahankan
fungsi otak yang sihat. Lemak khusus ini penting dalam tahun-tahun
awal, namun kanak-kanak tidak dapat mensintesis DHA yang cukup
pada tahap yang diperlukan. Oleh itu kanak-kanak perlu diberi
pegambilan langsung DHA, disediakan dalam makanan harian mereka.
Tapi kadang-kadang agak sukar untuk memastikan anak anda makan
makanan seimbang, seringnya kanak-kanak cerewet memilih makanan.
Oleh kerana itu, Susu Untuk Membesar merupakan pembawa yang
baik untuk membawa DHA yang diperlukan untuk pertumbuhan kanak-kanak.
Pembentukan otak yang sihat menghasilkan peningkatan fokus,
pembelajaran, perilaku dan fungsi kognitif seperti persepsi,
penalaran berfikir, dan mengingat.
Berbagai jenis gula dan peranan
gula dalam Susu Untuk Membesar
Gula seperti gula alami dan gula alami tambahan adalah sejenis
Karbohidrat. Ianya penting kerana Karbohidrat adalah sumber
utama tenaga untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan
tubuh dan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Gula alami disebut laktosa boleh ditemui dalam susu manakala gula alami tambahan berasal dari tumbuh-tumbuhan (digambarkan sebagai gula tambahan kerana ianya tidak ditemui secara semulajadi dalam susu). Dari segi kalori, tidak ada perbezaan antara keduanya. Bahkan, ketika anda mengambil gula alami yang ditemui dalam susu (laktosa), ianya juga dianggap sebagai sebahagian daripada pengambilan jumlah gula.

Susu Untuk Membesar Dutch Lady dicipta menggunakan kombinasi
gula alami seperti laktosa, dan gula alami tambahan.
Berdasarkan kajian bertahun-tahun, kami mendapati bahawa kanak-kanak Malaysia dapat mencerna susu lebih baik jika kami mematuhi nisbah alami laktosa dalam susu. Dari kajian kami, didapati bahawa meningkatkan laktosa ke tahap yang tidak dijumpai secara semulajadi dalam susu boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti cirit-birit dan kembung perut (atau perut sebu) (kerana terlalu banyak gas/angin).

Oleh itu, adanya campuran seimbang jenis-jenis gula dalam
formula Susu Untuk Membesar Dutch Lady akan memudahkan ianya
dicerna oleh kanak-kanak, disamping memberikan tenaga yang
mereka perlukan. Di Dutch Lady, kami percaya susu memberikan
anak anda nutrisi penting, dari itu kami dapati adalah sangat
penting lebih ramai kanak-kanak Malaysia dapat menikmati khasiat
susu.
Formula Susu Untuk Membesar Dutch Lady dibangunkan
selaras dengan peraturan-peraturan tempatan dan seperti terkandung
dalam Cadangan Pengambilan Nutrisi Malaysia (RNI) 2005 dan
WHO (2003) yang disyorkan.
Jika anda ingin mempelajari lebih lanjut tentang gula dalam
Susu Untuk Membesar atau jika anda mempunyai sebarang soalan
khusus, sila lihat di bahagian soalan-soalan lazim kami (FAQ's).
Jika soalan anda tidak tersenarai, sila hubungi khidmat pelanggan
kami di 1800 88 1191.
No comments: