NAK TAHU ADA APA DISINI. SILA LAH KLIK....

Friday, November 16, 2012

BANYAK KELEBIHAN KALSIUM

Masih ramai masyarakat yang tidak menyedari mengenai kelebihan pengambilan kalsium dalam kehidupan seharian mereka.  Rata-rata hanya menyedari kepentingan kalsium ini untuk pertumbuhan tulang dan gigi sahaja.

Disini saya nak berkongsi mengenai
fungsi kalsium untuk membantu kita jika berdepan dengan masalah berikut.  :

  1. Saraf - Kajian menunjukkan bahawa kalsium yang mencukupi dalam badan membantu saraf berfungsi dengan baik dan membantu pengecutan otot.
  2. Darah Beku - Pembentukan darah beku penting untuk menghentikan sebarang pendarahan bila berlaku luka pada salur darah.  Kalsium antara nutrien yang membantu proses darah beku.
  3. Jantung - Kalsium memainkan peranan penting dalam mencegah penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi.
  4. Kanser - Terdapat beberapa kajian mencadangkan bahawa pengambilan kalsium yang betul boleh mengurangkan risiko kanser kolon dan pundi kencing.
  5. Wanita - Sebenarnya keperluan kalsium sangat berbeza pada faktor umur dan jantina. Wanita mengandung dan menyusukan anak serta peringkat menopaus memang memerlukan kalsium yang banyak berbanding nutrien yang lain.
  6. Kanak - kanak -  kanak - kanak yang berusia 9 - 14 tahun memerlukan kalsium untuk membina tulang dan tisu tulang.  Dimana sepanjang tempoh itu kanak-kanak memerlukan nutrien-nutrien penting yang lebih tinggi antaranya zat besi,mineral,zinc dan vitamin B12.
  7. Darah - Kalsium yang mencukupi dalam saluran darah sangat membantu mencegah katarak,batu karang, tekanan darah tinggi, osteoporosis, kanser kolon,dan sindrom ovari.

Kesan Kekurangan Kalsium

  • Sakit otot
  • Tulang rapuh
  • Kebas tangan
  • Kekejangan otot
  • Gigi mudah reput dan banyak lagi.
Oleh itu kita digalakkan mengambil kalsium yang secukupnya , juga digalakkan mengambil makanan tambahan  kalsium utntuk melengkapkan nilai kalsium harian.

Ostematrix Shaklee sangat membantu dalam melengkapkan nilai kalsium dalam tubuh kita. Bukan saja kalsium, malah ia mengandungi Vitamin D yang  membantu meningkatkan penyerapan kalsium dalam tubuh dengan baik sekali.
 
Begitu banyak kelebihan kalsium dalam keperluan seharian kita.
 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI

1 comment:

Unknown said...

ok tq yer

MY LOVE FOR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...